in

Jakim Lancar Aplikasi Telefon Pintar Untuk Semak Status Halal Produk Makanan

Halalan Toyyib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini anda boleh periksa status halal produk makanan hanya di hujung jari. Sebuah aplikasi telefon pintar iaitu ‘Verify Halal’ telah dilancarkan serta diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memudahkan pengguna menyemak status halal produk makanan yang dijual di pasar raya.


Halal 1
sumber: google play

Aplikasi yang dibangunkan oleh Serunai Commerce ini merupakan kerjasama dengan agensi penyimpanan produk dan jenama halal global, Global Halal Data Pool.

Aplikasi ini adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan pengguna. Verify Halal bukan saja terhad kepada akses pangkalan data di Jakim, namun ia juga meliputi beberapa badan pensijilan global yang diiktiraf Jakim.” 

— Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee

Halal 2
sumber: google play
Halal 3
sumber: google play
Halal 4
sumber: google play

“Kami mahu aplikasi ini menjadi rujukan utama jenama halal bagi pengguna global dan meningkatkan integriti industri halal,” tambahnya lagi.

Pelancaran tersebut disaksikan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin; Ketua Pegawai Eksekutif Serunai Commerce, Amanah Shaari dan Pengasas Global Halal Data Pool dan Aplikasi Verify Halal, Fauzi Abdul Hamid.

Nampaknya tak perlulah risau lagi kalau ragu-ragu makanan tu halal ke tak. Periksa je di Verify Halal! 

Baca: 5 Cafe Halal Anda Perlu Cuba Jika Melancong Ke London

Halalala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.