JAKIM ‘Dihalang’ Buat Pengesahan Jantina Kerana Sajat Enggan Beri Kerjasama

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Lagi-lagi Sajat! Semenjak dari awal kemunculan usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat di media sosial, namanya sering menjadi sebutan para netizen. Hal ini kerana, Sajat yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik transgender itu telah mendakwa dirinya sebagai wanita dan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih, Coach Yin pada hujung tahun ini.

Disebabkan kekeliruan ini, netizen telah meminta pihak JAKIM untuk membuat pengesahan jantina sebenar personaliti ini. Pun begitu, setelah sebulan berlalu, ura-ura mengenai pengesahan identiti tersebut masih tiada jawapan sehingga kini. Apa dah jadi? 

Sumber: Blog

Baru-baru ini, mStar melaporkan bahawa pihak JAKIM terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk mengetahui keputusan identiti sebenar Sajat selepas mereka mendakwa telah ‘dihalang’ untuk meneruskan prosedur berkenaan.



Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, mereka telah diganggu oleh ‘orang ketiga’ dari pihak Sajat yang tidak mahu prosedur tersebut dijalankan.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang. Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang,” kata Mohd Izwan yang tidak mendedahkan siapa individu tersebut.

Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memaklumkan bahawa pihaknya tetap komited dalam meneruskan proses pengesahan identiti itu untuk menjawab persoalan masyarakat.

Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” katanya lagi.

Sumber: Instagram

Mohd Izwan juga menafikan bahawa identiti Sajat telah disahkan oleh seorang pegawai wanita dari JAKIM sebagaimana yang didakwa blogger terkenal, Papagomo.

“Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,” jelas Mohd Izwan.



Dalam pada itu, sehingga setakat ini masih tiada maklum balas daripada pihak Sajat berkenaan dakwaan JAKIM tersebut.

Haih macam mana ni? Hari tu beriya-iya cakap nak beri kerjasama pada JAKIM. Sama-samalah kita nantikan kesudahannya…

Baca: “JAKIM sahkan Sajat adalah lelaki” – Blogger Dakwa Jakim Sengaja Rahsiakan Identiti Sebenar Sajat

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!