in

Jaga-jaga! Empat Produk Penjagaan Kulit Ni Beracun Dan Boleh Buat Muka Korang Rosak!

Guna1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari, semakin ramai individu yang peka akan betapa pentingnya penjagaan diri terutama pada kulit wajah. Oleh sebab itu, pengeluaran produk penjagaan kulit di Malaysia semakin lama semakin meningkat. Saban hari, ada sahaja kita dengar nama produk-produk penjagaan kulit baru yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Pun begitu, para pengguna dinasihatkan berjaga-jaga kerana terdapat produk yang dikhuatiri menggunakan bahan-bahan berbahaya demi mendapatkan kesan segera terhadap si pemakai. Terbaru, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan mengesan empat produk penjagaan wajah tempatan yang berbahaya, lapor New Straits Times.

Guna
sumber: harian metro

Produk tersebut dipercayai mengandungi racun berjadual merkuri, hydroquinone dan tretinoin. Antara produk yang diumumkan mengandungi bahan berbahaya ini adalah seperti berikut;

  • Nuriz Shoppe – UV Pearl Cream (mengandungi merkuri)
  • Nuriz-D’solve (mengandungi merkuri)
  • Aura Gorgeous Night Cream (mengandungi merkuri)
  • NV Anti Blemish Toner (mengandungi hydroquinone dan tretinoin)
W2 1
sumber: new straits times

“Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan produk itu malah perlu segera menghentikan penggunaannya serta mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan berbahaya ini dikatakan mampu menyebabkan kulit pengguna menjadi merah-merah, tidak selesa dan gatal selain boleh mengubah tona kulit.

W3 2
sumber: bernama

Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV serta meningkatkan risiko kanser kulit.”

Hisham juga menegaskan bahawa penggunaan produk yang mempunyai merkuri perlu dielakkan sama sekali kerana bahan toksik tersebut mudah menyerap dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Pastikan anda periksa produk yang anda gunakan dengan segera!

Baca: Padah Beli Produk Online! Muka Wanita Ini Mula Membengkak, Pedih dan Kemerahan

Bengkak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.