in

Isteri Tipu Suami dan Pura-pura Diculik Untuk Larikan Diri Bersama Kekasih Gelap

Jkj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sangka pula ada sejenis isteri yang macam ni ye! Sanggup menipu suami hanya kerana ingin bersama dengan kekasih gelap. Kasihan suami yang tak tahu apa-apa terjebak dalam masalah yang merumitkan.


Menurut Harian Metro, penipuan seorang isteri yang kononnya diculik terbongkar apabila dia mengaku telah melarikan diri bersama seorang lelaki pada Jumaat lalu.

20150213124143 Takut Disuruh Nikah Pria China Ini Culik Gadis Saat Berangkat Kerja
gambar hiasan

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang, suami kepada wanita yang berusia 40 tahun ini telah ke sekolah di Klang untuk mengambil isterinya pulang. Namun apa yang mencurigakan ialah isterinya yang bertugas sebagai pekerja pembersihan di sekolah tersebut tidak muncul tiba.

Lebih mengejutkan, pada keesokan harinya si suami telah menerima panggilan daripada nombor telefon si isteri yang mengugutnya untuk memberikan RM5,000 sebagai wang tebusan. Gilalah!

Bribe Ringgit
gambar hiasan

Bimbang dengan keselamatan si isteri, lelaki yang berusia 55 tahun itu telah memutuskan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Hasil siasatan polis akhirnya berjaya menemukan wanita tersebut yang berada di hadapan restoran di Jalan Meru, Klang pada jam 11.30 pagi semalam.

Menurut polis, mangsa berada di dalam keadaan baik ketika ditemui dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia telah diculik. Manakala teman lelakinya pula telah ditahan pada jam 2.30 petang hari yang sama.

Image 3
gambar hiasan

Menerusi soal siasat, mangsa dan teman lelaki mengaku tidak diculik tetapi telah merancang untuk melarikan diri daripada suaminya kerana bimbang dipukul selepas suaminya mengetahui hubungan sulit mereka. Haih macam-macam! 

Kes ini bakal disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang? Harapnya janganlah ada yang ikut perangai macam ni…

Baca: Budak Darjah 3 Beri Alasan Konon Hampir Diculik Van Putih Kerana Lewat Ke Sekolah

3Hhhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.