in

Isteri Tikam Suami Kerana Terima Mesej ‘I Love You’ Daripada Teman Wanita, Tapi Apa Yang Berlaku Disebaliknya….

Isteri Tikam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap rumah tangga pasti ada masalah dan dugaan, namun siapa sangka kerana pertengkaran, seseorang itu bertindak mencederakan pasangannya.


Seorang pegawai tadbir di Singapura, Nur Fairuzana Ahmad ditahan pihak polis selepas menikam suaminya pada April 2016, lapor The Straits Times.

Ketika kejadian, Fairuzana dan suaminya, Muhammmad Yasser Abdul Shukor berada di dalam bilik tidur di kediaman mereka di Punggol. Difahamkan, Yasser telah menerima mesej audio daripada teman wanitanya yang berbunyi ‘I love you‘.

Lebih mengeruhkan keadaan, Yasser turut membalas mesej audio tersebut dengan memberitahu kepada wanita berkenaan bahawa dia juga mencintainya.

Mesej
gambar hiasan

Berang dengan situasi itu, Fairuzana bertindak merampas telefon suaminya hingga berlaku pergelutan membuatkan Yasser menolak isterinya itu jatuh ke atas katil dan berjaya mendapatkan telefonnya semula.

Tidak puas hati, Fairuzana kemudian keluar dari bilik dan terus mengambil sebilah pisau. Ketika kembali semula ke bilik, mereka berdua bertengkar sebelum Fairuzana bertindak menikam suaminya di bahagian dada.

Pisau
gambar hiasan

Yasser kemudian berjaya menggenggam tangan isterinya menyebabkan pisau itu terlepas dari tangan Fairuzana. Dia kemudian mengambil pisau itu dan mencampakkannya keluar dari tingkap sebelum menelefon polis untuk melaporkan perbuatan isterinya itu.

Fairuzana kemudian ditahan dan pada 16 Oktober 2017, dia dijatuhi hukuman penjara enam minggu kerana kesalahan mencederakan suaminya.

Hakim
gambar hiasan

Namun selepas menjalani pemeriksaan psikiatri, rupa-rupanya Fairuzana mempunyai masalah mental kerana menjadi mangsa penderaan fizikal Yasser. Menurut peguam yang mewakili Fairuzana, Vigneesh Nainar, pasangan itu berkahwin ketika usia wanita itu 16 tahun dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Rumah tangga mereka mula bergolak pada Januari 2016 apabila Yasser menyatakan hasratnya untuk mengahwini teman wanita yang dijumpainya di Filipina. Disebabkan itu, Fairuzana menjadi kecewa dan tertekan. Mesti la, siapa mahu rumah tangga gagal kan…

Lebih mengecewakan lagi, penderaan yang dilakukan Yasser sudah banyak kali dilaporkan kepada pihak polis namun kerana cintanya kepada suami, Fairuzana bertahan meskipun menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dera
gambar hiasan

Selepas apa yang terjadi dan menyebabkan dia dipenjarakan, Fairuzana akui menyesal dengan apa yang dilakukan kerana perkara itu telah membuatkan hubungannya bersama anak-anak terjejas.

Itulah, jangan kita cepat menilai. Siapa tahu, disebalik tindakan yang dianggap kejam itu rupa-rupanya adalah kerana terlampau tertekan. 

Masih ramai di luar sana yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga namun hanya mengunci mulut. Diharap sesiapa yang menjadi mangsa penderaan tampil membuat laporan untuk kebaikan bersama.

Baca: Lelaki Maut Ditikam Isteri Kerana Tidak Pulang Ke Rumah Selama Dua Hari

Tikam Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.