Isteri Buat Pendapatan Sampingan Dengan ‘Temani’ Lelaki Lain Berhibur Untuk Bayaran RM50

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Hati suami mana yang tak hancur berkecai apabila mengetahui isterinya curang? Apa yang lebih menyedihkan, isteri tersebut pula ditahan polis ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Melati ini telah ditangkap dalam Ops Noda yang dijalankan pihak polis dekat sebuah pusat hiburan di Taman Eng Ann, Klang malam tadi, lapor Malaysian Digest.

Menurutnya yang juga warga Indonesia dan baru berusia 20-an, kedatangannya ke pusat hiburan tersebut hanyalah untuk berhibur dan menemani seorang lelaki. Malah dia juga mengakui, kehadirannya di situ kadang-kadang dibayar dengan wang tunai sebanyak RM50. Macam ni pun ada ke? Haish! 



Gambar hiasan

“Ini cuma pendapatan sampingan saya sahaja dan customer pun hanya cari saya kalau ada kawan-kawan yang suggest nombor saya kepada mereka,” katanya selamba.

Wanita yang berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak berusia enam tahun itu juga mengakui dia keluar tanpa kebenaran suaminya yang merupakan seorang warga tempatan dan tinggal di Meru, Klang. Berani sungguh! 

Gambar hiasan

Apa yang membuatkan dia bebas untuk keluar ke mana-mana adalah kerana dia merupakan isteri kedua dan suaminya juga pada ketika itu berada di rumah isteri pertama. Patutlah…

Serbuan di pusat hiburan yang diadakan pada jam 9.20 malam telah diketuai Asisten Superintendan Azhar Ali dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK). 14 orang wanita warga asing yang disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia yang berusia antara 18 hingga 26 tahun telah ditahan.

Sumber: Malaysian Digest

Dalam pada itu, seorang penjaga premis warga tempatan yang berusia 26 tahun juga telah direman untuk membantu siasatan.  Dah berkahwin tu buatlah cara orang berkahwin. Tak baik seorang isteri derhaka dengan suaminya. 



Nota: Kesemua gambar adalah untuk tujuan ilustrasi dan sekadar hiasan semata-mata.

Baca: Pegawai Tentera Berstatus Suami Dan Isteri Orang Ditangkap Khalwat Buat Kali Yang Kedua

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!