Istana Budaya Serik, Blacklist 20 Produksi Kerana Tak Bayar Hutang dan Selalu Tarik Diri Saat Akhir

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Budaya menonton persembahan secara langsung teater masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu walaupun terdapat lambakan filem luar dan dalam negara yang ditayangkan di panggung wayang.

Semestinya, perasaan menonton filem di panggung wayang tidak dapat lawan dengan gamatnya persembahan teater yang dilakukan oleh barisan pelakon berbakat, tambah-tambah lagi jika diadakan di atas pentas Istana Budaya (IB). Lain feel dia!

Gambar hiasan

Oleh yang demikian, terdapat banyak produksi yang berebut ingin membuat persembahan di gelanggang berprestij itu dek kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai. Walau bagaimanapun, menurut Berita Harian, 20 produksi telah disenarai hitamkan oleh IB kerana pelbagai kesalahan.



Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani memberitahu antara kesalahan utama yang dilakukan produksi tersebut adalah menarik diri di saat akhir serta gagal melunaskan bayaran kepada mereka selepas persembahan diadakan.

Gambar hiasan

Menurutnya lagi, mereka terpaksa bertindak tegas seperti itu kerana penarikan diri di saat akhir telah menimbulkan masalah di mana mereka perlu mencari pengganti dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, produksi terbabit turut menimbulkan masalah seperti tidak membayar sewa, tidak melunaskan bayaran artis dan kontroversi lain.

Ada juga syarikat yang belum melunaskan hutang sejak 10 tahun lalu.”

Sumber: Sinar Harian

Oleh yang demikian, pada tahun ini, IB akan mula menapis dengan lebih ketat dan hanya memberi peluang kepada produksi yang mempunyai rekod cemerlang sahaja untuk membuat persembahan di pentas IB.

Sementara itu, difahamkan tindakan yang diambil pihak IB adalah berdasarkan nasihat yang telah diberikan daripada bahagian undang-undang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Kaedah begini diambil sebagai hukuman dan pengajaran kepada mereka supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Gambar hiasan

Semoga menjadi pengajaran buat semua pihak produksi.



Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: “Buat kerja pun cincai!” – Fathia Latiff Tak Puas Hati Dengan Pihak Produksi?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.