in

“Islam ini mudah namun jangan ambil mudah” – Gadis Muslim Gembira Rai Krismas Bersama Keluarga Bukan Islam

Krissospa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diketahui oleh ramai umat Islam, muslim tidak sewajarnya menyambut Hari Krismas kerana sifat perayaan tersebut yang berunsur keagamaan. Namun bagaimana pula dengan individu yang dilahirkan dalam keluarga Kristian dan sudah biasa menyambut Krismas sejak kecil, pun begitu memilih jalan agama yang berbeza setelah dewasa?


Menurut FMT, seorang wanita mualaf dikenali sebagai Grace Aisyah Humairah Kedayan tidak ketinggalan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta pada Hari Krismas yang lalu walaupun berlainan agama.

G1
sumber: free malaysia today

Hubungan Grace dan ahli keluarganya yang bukan Islam dikatakan sangat rapat dan semakin mesra setiap tahun kerana nilai toleransi yang ditekankan Islam. Oleh sebab amalan nilai tolak-ansur, hormat-menghormati dan kasih sayang yang dianjurkan Islam, hubungan Grace yang sudah memeluk agama Islam dan keluarganya kekal hingga ke hari ini.

Kasih sayang kami sekeluarga tidak pernah pudar. Walaupun sudah memeluk Islam, saya tidak harus menjauhkan diri daripada keluarga,” kata Grace.

“Malah Islam tidak membenarkan kita menzalimi orang bukan Islam dan amat menitikberatkan agar kita sentiasa melakukan kebaikan kepada orang bukan Islam.”

G3
sumber: free malaysia today

Wanita berusia 27 tahun yang berasal daripada keluarga Kristian itu telah memeluk Islam pada tahun 2014. Pada setiap tahun, Grace pulang ke kampung halaman di Sarawak untuk meraikannya bersama keluarga dan sanak saudara tanpa rasa ragu.

“Sebagai orang Islam, saya juga harus mengambil kira soal akidah, untuk mengucapkannya atau merayakannya.”

“Kalau sambutan Krismas yang berunsur keagamaan itu sudah jelas memang tidak boleh. Sekadar makan bersama adalah tidak salah. Kita harus sedar mengenai itu. Ramai orang tidak memahami itu.”

G2
sumber: free malaysia today

Bila bercakap tentang berlainan agama, isu halal haram pasti tidak akan terlepas daripada perbincangan. Pun begitu, Grace mengatakan bahawa isu makan dan minum tidak pernah menjadi masalah kepada dirinya. Difahamkan, Grace dan keluarga tidak mengasingkan masakan, makanan dan minuman, peralatan serta dapur.

“Islam itu mudah namun jangan ambil mudah.”

“Tidak perlu dua dapur untuk membezakan yang halal atau haram. Kami juga tidak membeli pinggan mangkuk, cawan, sudu baharu. Tidak ada masalah bagi kami kerana peralatan itu tidak haram. Kalau sudah terjejas macam mana? Cuci sahajalah apa susah.”

“Mereka yang minum minuman keras akan minum. Kami tak akan sentuh mana yang haram bagi kami, malah ada keluarga saya yang bukan Islam tidak minum minuman keras,” kata Grace yang memaklumkan bahawa keluarga sangat menghormatinya dan dua orang lagi ahli keluarga yang telah memeluk Islam.

Bagusnya ada keluarga yang memahami! 

G4
sumber: free malaysia today

Sentiasa menjaga batas sebagai seorang Islam, Grace juga memaklumkan bahawa dia tidak melepaskan peluang untuk meraikan acara keluarga yang lain seperti majlis perkahwinan.

“Mereka dengan kepercayaan mereka, berdoa dan sebagainya. Saya dengan kepercayaan saya. Masih tidak memesongkan akidah sebagai orang Islam.”

Ramai kita dengar kisah individu dipinggirkan keluarga setelah memeluk Islam. Namun berbeza sekali dengan kisah Grace dan keluarganya yang saling menghormati perbezaan agama masing-masing. Ini wajar kita jadikan pengajaran kerana Islam itu sememangnya mudah jika kita pandai menjaga batas agama. 

Baca: Ketepi Fahaman Agama, Sekumpulan Lelaki Berganding Bahu Bantu Baik Pulih Gereja di Sabah

Kriss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.