in

Inspektor Polis Ditangkap Separuh Bogel Dalam Tandas Wanita di Alor Setar

Polis Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah ditahan di dalam tandas wanita di sebuah pusat beli belah di Alor Setar semalam, lapor Harian Metro.


Menurut laporan, lelaki berusia 32 tahun itu ditangkap dalam keadaan hanya berseluar dalam! Sebuah rakaman video turut tersebar di media sosial menunjukkan seorang wanita dan inspektor polis itu yang tertangkap di dalam tandas berkenaan.

Polis2
sumber: mstar

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, pegawai tersebut telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas menerima maklumat mengenai individu yang menimbulkan suasana tidak senang dalam kalangan pengunjung yang masih lagi berada di pusat beli belah pada waktu itu.

Anggota polis peronda kemudian dimaklumkan mengenai perkara itu dan bergegas ke premis berkenaan. Ketika tiba, mereka mendapati seorang lelaki yang tidak berpakaian dan hanya berseluar dalam berada dalam tandas wanita di tingkat empat pusat beli belah terbabit.

Polis1
sumber: mstar

Menurutnya lagi, pihaknya menemukan satu paket plastik mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.62 gram selepas melakukan pemeriksaan ke atas pegawai polis tersebut.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati pegawai berkenaan positif dadah jenis methamphetamine. Lelaki itu kini direman dan siasatan masih dijalankan pihak polis.

Polis5
sumber: mstar

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sebab kes macam ni la, nama polis buruk dan masyarakat pandang serong.

Baca: Dua Anggota Polis Ditangkap Cuba Seludup Masuk Barangan Terlarang ke Dalam Lokap

Polis Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.