in

Inilah Penderitaan Mental Terhadap Wanita yang Masih Ramai Tidak Sedari

Depress Feature

Seperti yang kita tahu, isteri sememangnya memberi peranan yang hebat dalam sesebuah keluarga. Sesetengah isteri ada yang bekerja dan ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak mudah untuk menguruskan rumah, anak-anak dan suami sekali gus. Kerana itulah, suami perlu menghargai pengorbanan seorang isteri.

Tetapi, berbeza pula dengan dengan perkongsian oleh Ummi HaniAqil di laman Facebooknya, di mana dia berkongsikan kisah seorang isteri yang mengalami penderitaan fizikal kerana suaminya yang terlalu menggunakan ‘kuasanya’ sebagai seorang suami.

Depress 1
gambar hiasan

Nak bangun ke bilik air pun tak mampu. Merangkak bila nak kencing berak. Sebab bangun je boleh tumbang, rasa nak pitam”

Menurutnya, wanita ini sedang mengandung dua bulan dan mengalami alahan yang sangat teruk. Dengan anak pertamanya yang masih kecil dan memerlukan perhatian, amat sukar baginya untuk menguruskan semuanya berseorangan.

Rumah berselerak hanya Tuhan je yang tahu. Dah nak uruskan diri pun tak mampu, apatah lagi nak uruskan rumah. Makan minum entah mana-mana hala”

Suaminya pada ketika ini berada di luar negeri selama 5 hari. Sudah dipujuk suami untuk tidak pergi, tetapi suaminya itu tetap mahu pergi kerana program yang diadakan itu tidak selalu berlaku.

“Mengadu pada keluarga, keluarga ni samada suruh cerai atau pergi belasah si suami. Selesai tak masalah?

“Mengadu di pejabat agama. Kalau kau tak pernah lalui pengalaman mengadu dan mendapatkan kaunseling kat pejabat agama, lebih baik senyap dari bercerita. Sebab yang atas kertas, tak pernah sama dengan alam nyata.

“Mengadu pada kawan. Kawan pun dua tiga kali ok lah nak dengar luahan. Lama-lama dia pun tak tahan.”

3 1
gambar hiasan

Dek kerana terlalu tertekan, wanita ini sangat memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan tetapi tak semua pendapat boleh diturutkan begitu sahaja. Maka pilihannya mengadu pada Tuhan supaya diberikan kekuatan dan insaf akan kesalahan dirinya selama ini.

Tetapi suaminya masih tidak berubah. Masih dengan sikapnya yang lalai untuk menjaga emosi isteri. Dia menganggap isterinya perlu sentiasa terima dan taat padanya. Suaminya ini mendidik minda isterinya tentang dosa dan derhaka terhadap suami. 

Diulang-ulang ayat yang sama setiap hari. Sampaikan isteri pun jadi apa yang dia nak taat hanya kerana takut nanti kena campak dalam neraka”

Dari hari ke sehari, isteri ini pendam rasa sehinggakan semua yang terbuku tidak lagi mampu ditanggungnya.

Sampai satu saat, kewarasan makin menurun”

Akhirnya, si isteri memilih untuk melakar kata-kata di muka buku. Tetapi orang luar kebanyakkannya tidak memahami situasi ini. Mereka lebih pakar menilai luaran berbanding dalaman.

Depress 2
gambar hiasan

Kemudiannya si isteri menuntut cerai, tetapi dia yang masih dipersalahkan. Semua ini dibebankan atas bahu isteri, sedangkan tiada seorang pun yang nampak akan kepincangan si suami.

“Bila isteri cerita, dituduh buka aib. Bila isteri minta cerai, dituduh isteri akhir zaman. Bakal ahli neraka.

“Bila isteri mengandung, diakta isteri hanya reka cerita sebab kalau suami itu jahat, takkan la bunting tia-tiap tahun.

“Tapi kalau isteri menolak ajakan suami untuk bersama, isteri juga yang berdosa.”

Tenor

Inilah yang dinamakan penderaan mental yang sebenarnya berlaku pada kaum wanita yang masih tidak ramai sedari atau ambil peduli.

Sedangkan Rasulullah berjuang mengangkat martabat wanita dari zaman jahiliah dulu, Baginda mengajar umat bagaimana memuliakan wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu”

Tetapi di akhir zaman ini, ramai yang masih menjadi pejuang agama tetapi gagal memahami apa isi kandungannya.

Kesiannyaa.. Bukan ke tugas suami perlu menjaga isterinya daripada disakiti? Harap wanita ini tabah dan kuat menempuh dugaannya..

Baca: Gadis Mualaf Diceraikan Suami Melalui SMS, Anak Kini Terabai Tanpa Nafkah

Cats