in

Ini Petanda Anda Sudah Bersedia Harungi Kos Taraf Hidup Yang Tinggi

Feature Image Pru

Pada masa kini, Malaysia sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Oleh yang demikian, ramai yang mengeluh kerana taraf hidup semakin lama semakin meningkat dan menjadi bebanan kepada sesetengah masyarakat terutamanya yang bergaji rendah dan mempunyai jumlah tanggungan yang banyak.

Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa turun naik harga barang dan kos sara hidup yang tinggi adalah perkara yang tidak boleh dikawal. Namun begitu, adalah penting untuk kita sedar bahawa masih terdapat perkara yang boleh kita kawal dalam menghadapi situasi ini.

Semestinya, adalah penting untuk kita tahu bahawa dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi, kita boleh merancang kewangan terutamanya untuk situasi-situasi yang tidak dijangka. Justeru, berikut kami senaraikan petanda anda sudah bersedia harungi kos taraf hidup yang tinggi.

 

1. Mempunyai simpanan tatkala di waktu sakit

Ins1
gambar hiasan

Kajian Prudential Relationship Index (PRI) yang dilakukan pada 2017 mendapati 59% daripada rakyat Malaysia bimbang sekiranya mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos perubatan. Sehubungan dengan itu, adalah baik jika anda mempunyai simpanan serta talian khusus untuk dihubungi sekiranya anda perlukan perlindungan kewangan di saat seperti ini.

 

2. Selamba pilih perubatan terbaik jika menghidapi penyakit kritikal

Tiada sesiapa pun antara kita yang tidak mahu hidup sihat hingga ke tua, Namun begitu, penyakit kritikal boleh dihidapi sesiapa sahaja di saat tidak diiduga. Kos perubatan yang tinggi pada masa kini boleh menjadi bebanan, namun anda tidak perlu gusar sekiranya sudah mempunyai perlindungan dari segi kewangan yang sepatutnya.

Giphy2

 

3. Bersedia jika ditimpa musibah

Ins3
gambar hiasan

Walaupun persepsi kebal musibah masih ada, hakikatnya tiada sesiapa yang dapat melarikan diri daripada musibah. Ekoran daripada itu, adalah baiknya jika anda boleh mempersiapkan diri dari segi kewangan sekiranya berlaku musibah seperti kebakaran atau bencana alam sehingga mencederakan. Sekurang-kurangnya anda boleh menarik nafas lega jika mempunyai perlindungan.

 

4. Tahu apa perlu dilakukan jika berlaku kemalangan

Kemalangan kereta, kebakaran dan yang sewaktu dengannya boleh berlaku bila-bila masa sahaja kepada sesiapa. Sehubungan itu, adalah satu kelegaan sekiranya kita mempunyai talian yang boleh dihubungi di saat kecemasan seperti ini.

Ins4

 

5. Kewangan waris selepas mati terjamin

Ins5Blur
gambar hiasan

Siapa yang tidak sayangkan keluarga? Tetapi sekiranya sesuatu terjadi kepada anda, apakah peninggalan anda buat ahli keluarga yang masih hidup? Maka, adalah penting untuk anda mempunyai dana khas untuk meringankan beban waris sekiranya apa-apa terjadi kepada anda.

Perubatan dan bayaran pembaikan kereta sekiranya berlaku kemalangan merupakan antara perkara yang memerlukan penggunaan wang yang banyak. Namun, sekiranya kita telah mempersiapkan diri dengan perlindungan yang sewajarnya, maka tak perlulah risau sekiranya perkara tidak dijangka berlaku.

Justeru itu, janganlah tunggu terlalu lama untuk melindungi diri anda sebelum berlaku kecelakaan kerana bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Jadi, apa kata anda langgan pelan PruBSN Anugerah sekarang untuk menyertai Peraduan Hashtag #KitaOK. Tempoh peraduan adalah dari 1 Februari hingga 31 Mac 2018.

Anda cuma perlu:

Langkah 1: Ambil gambar selfie atau wefie dan muat naik ke laman Facebook dan/atau Instagram peribadi anda

Langkah 2: Sertakan #KitaOK dan #PruBSN di dalam kapsyen gambar anda

Langkah 3: Emelkan screenshot gambar, URL entri dan nombor sijil PruBSN Anugerah anda ke kitaok@prubsn.com.my

Kitaok A5 Flyer Bm

Dengan menyertai peraduan ini, anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti percutian ke Perth Australia untuk dua orang, telefon pintar iPhone X 64GB dan sebuah MyDNA kit. Maklumat lanjut di www.prubsn.com.my.

Perlindungan melalui takaful merupakan persiapan yang perlu diambil kira bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Apabila takaful sudah dimiliki, barulah kita boleh menarik nafas lega kerana kita tahu #KitaOK untuk mengharungi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.