in

“Ini barulah 1 Malaysia…” – Netizen Teruja Lihat Akak JPJ Fasih Berbahasa Mandarin

Akak Jpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Ini barulah 1 Malaysia..." - Netizen Teruja Lihat Akak JPJ Fasih Berbahasa Mandarin
Loading
/

Seronokkan kalau anda berkebolehan berbicara dalam pelbagai jenis bahasa? Lebih seronok kalau anda menggunakan kebolehan tersebut untuk membantu mereka di dalam kesusahan.


Baru-baru ini tersebar sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) fasih berbahasa Mandarin. Dia dilihat sedang berusaha untuk menerangkan proses penukaran hak milik kereta kepada dua pelajar asing yang berasal dari China.

Rakaman tersebut menjadi tular dan mendapat 91,000 likes dan 35,000 perkongsian. Hebatnya kakak JPJ ni!

Menurut NST, pegawai JPJ yang kini terkenal di media sosial itu ialah Nur Syafiqah Azaman yang berusia 23 tahun. Manakala dua pelajar yang dibantunya pula ialah Sun Wen Xuan, 18, dan Zhai Qin Xing, 19, yang berasal dari Shandong, China.

Capture 20170920 130856
sumber: facebook

Kedua-dua pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ini difahamkan telah membeli sebuah kereta semasa mereka belajar di negara ini dan bercadang untuk menukar hak pemilikan kenderaan tersebut.

Capture 20170920 131019
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, mereka menghadapi masalah dalam melengkapkan proses tersebut kerana tidak mahir berbahasa Inggeris dan langsung tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia. Aduhai! 

Pun begitu, masalah yang dihadapi kedua-dua pelajar asing itu selesai selepas Syafiqah berjaya menjelaskan semuanya dalam bahasa Mandarin.

“Melihatkan kepayahan mereka, saya terpaksa datang membantu. 

“Saya tidak sangka pula rakan sekerja merakam video tersebut ketika saya sedang menjelaskan proses berkenaan dalam bahasa Mandarin.”

Mandarin 1
sumber: nst

Menurut Syafiqah, dia fasih berbahasa Mandarin kerana ibunya berbangsa Cina dan dia sering bertutur dalam bahasa Mandarin di rumah.

“Saya juga pernah bersekolah di sekolah jenis Cina, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Min di Canglun,” katanya.

Dalam pada itu, kefasihan Syafiqah berbahasa Mandarin mendapat perhatian Pengarah JPJ Negeri, Shahrul Azhar Md Dali yang menganggap ia suatu kelebihan buat jabatan mereka kerana memiliki pegawai yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.

Capture 20170920 131123
Sumber: facebook

“Saya juga menyokong staf, terutamanya mereka di bahagian khidmat pelanggan untuk mempelajari pelbagai jenis bahasa seperti Mandarin atau Tamil,” kata Shahrul.

Dalam pada itu, rakaman video berdurasi 1 minit 37 saat tersebut telah mendapat komen positif dari netizen yang teruja melihat kefasihan serta sikap sopan santun Syafiqah dalam melayani dua pelajar asing itu.

Sha 1 Vert
sumber: facebook

Rajin-rajinlah belajar bahasa lain selain dari bahasa Inggeris dan Melayu. Tak susah pun sebenarnya nak belajar bahasa ni. Yang penting kena bersungguh-sungguh! 

Baca: Pelajar Malaysia Pertama Sertai Persidangan United Nation International Model Berjaya Rangkul Beberapa Anugerah

Internasional

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.