in

Ini 5 Larangan Anda Perlu Tahu Jika Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Page Cny

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara Malaysia didiami oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, memang digalakkan supaya setiap kaum untuk bersatu dan mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Semangat kekitaan antara kaum adalah wajar diterapkan. Cara untuk memupuk semangat ini bermula dengan kefahaman budaya masing-masing.


Memandangkan perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, pastinya ada dalam kalangan jiran kita yang berbangsa Cina akan menjemput ke rumah terbuka tidak lama lagi. Justeru itu, kami senaraikan 5 larangan yang perlu anda tahu jika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina.

 

1. Memakai pakaian yang tidak sopan

Anda dilarang sama sekali mengenakan pakaian yang menjolok mata mahupun pakaian yang mengandungi tulisan tidak senonoh serta mengelakkan memakai pakaian berwarna hitam atau putih yang merupakan warna untuk berkabung.

Kaum Cina biasanya akan mengenakan pakaian baru untuk menyambut perayaan ini. Hal ini ibarat reset semula tenaga di mana mereka ibarat membuang yang kurang baik dan digantikan dengan yang baru dari segi fizikal.

Cny3
gambar hiasan

 

2. Ketawa dengan kuat

Seperti yang kita sudah maklum, ketawa dengan kuat bukanlah perkara yang elok untuk dilakukan tambah-tambah lagi ketika berada bersama orang ramai. Ketawa dengan kuat akan mengganggu tetamu lain yang berkunjung ke rumah terbuka tersebut.

Masyarakat Cina memang sentiasa mengelak daripada bercakap kasar atau kesat pada waktu ini kerana perbuatan ini dipercayai membawa nasib malang. Oleh itu, pengunjung perlulah menjaga percakapan serta tidak ketawa dengan kuat.

U
gambar hiasan

 

3. Tidak menjaga adab makan

Adab makan perlulah sentiasa dijaga semasa menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina. Pada waktu ini, anda dilarang untuk makan secara berlebihan mahupun bersikap gopoh dan gelojoh di meja makan.

Bukan itu sahaja, sekiranya tuan rumah hanya menyediakan penyepit, pastikan anda tidak menyucuk penyepit itu secara menegak kerana dianggap sebagai simbol kematian. Selain itu, jangan gunakan penyepit tersebut untuk menunjukkan ke arah sesuatu kerana ibarat menudingkan jari yang dilihat sebagai biadab.

Cina1
gambar hiasan

 

4. Membiarkan anak kecil berkeliaran dan mengusik barang milik tuan rumah

Biasanya pada Tahun Baru Cina, anak-anak tidak akan dimarahi walaupun mereka membuat kesalahan, orang dewasa akan menggunakan kata-kata yang baik sahaja. Oleh itu, adalah tanggungjawab anda untuk mengawasi gerak geri mereka supaya tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada tuan rumah.

Selain itu, dalam kalangan masyarakat Cina, mereka percaya bahawa tangisan kanak-kanak membawa nasib malang kepada mereka. Sebab itulah ibu bapa akan cuba sedaya upaya untuk menghalang anak mereka daripada menangis pada Tahun Baru Cina.

Cny4
gambar hiasan

 

5. Menggunakan satu tangan apabila menerima ang pow

Pemberian ang pow adalah sinonim dengan Tahun Baru Cina. Duit di dalam ang pow yang diberikan pula haruslah diberikan dalam jumlah yang genap. Nombor genap membawa maksud yang lebih sempurna.

Anak kecil yang menghadiri rumah terbuka pastinya akan menerima ang pow tidak kira bangsa. Bagi tetamu yang diberi ang pow, ia perlulah diambil dengan kedua-dua belah tangan kerana cara ini lebih sopan berbanding dengan mengambil sebelah tangan.

Cny2
gambar hiasan

Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal dalam kalangan masyarakat majmuk, adalah penting untuk kita mengetahui budaya setiap kaum. Dengan cara ini, barulah kita dapat memahami dan menghormati keunikan serta simbolik disebalik kepercayaan dan tradisi masing-masing yang sekaligus akan menguatkan hubungan antara kita walaupun berbeza bangsa dan agama.

Baca: Remaja Cina Pimpin Warga Emas Melayu Masuk Masjid Buat Netizen Kagum

T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.