in

Ingin Beri Kejutan Buat Orang Tersayang? Ini Dia 8 Florist di Lembah Klang Yang Anda Perlu Follow!

Floristaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Ingin Beri Kejutan Buat Orang Tersayang? Ini Dia 8 Florist di Lembah Klang Yang Anda Perlu Follow!
Loading
/

Ingin memikat hati gadis pujaan anda tapi tak tahu bagaimana? Dah cuba pick up lines paling padu pun si gadis masih tak mahu layan? Tahukah para lelaki di luar sana, ada dua perkara yang amat disukai gadis-gadis ini. Yang pertama, bunga dan yang kedua pula coklat. Tambahan satu lagi, mereka memang gemar diberi kejutan yang tidak disangka-sangka!


Demi membantu anda memberi kejutan terindah buat gadis idaman yang dicintai sekian lama, berikut kami senaraikan lapan florist dengan servis terbaik di sekitar Lembah Klang yang perlu anda follow. Pasti gadis pujaan anda tersenyum manis selepas dapat kejutan ini! 

 

1. La’ Des Fleurs

Ladesfleurs 1
sumber: instagram

Kuntuman indah daripada La’ Des Fleurs ini pasti menggembirakan teman wanita atau isteri anda. Selain daripada menyediakan servis penghantaran jambangan bunga biasa, florist ini juga menerima tempahan custom made seperti jambangan ayam goreng khas buat penerima kejutan. La’ Des Fleurs juga pernah menyediakan tempahan kejutan buat hari lahir Menteri Belia dan Sukan kita, Khairy Jamaluddin.

Instagram: ladesfleurs

Ladesfleurs 2
sumber: instagram
Ladesfleurs 3
sumber: instagram

 

2. Aleesya Bouquet

Alisya
sumber: instagram

Beri kejutan bunga dan coklat itu mungkin agak biasa bagi sesetengah gadis. Namun Aleesya Bouquet ada cara yang berbeza dalam memberi kejutan tersebut kepada pelanggan yang disayangi. Caranya sangat romantis! Masukkan coklat, bunga dan juga belon dengan ucapan istimewa ke dalam sebuah kotak besar. Apabila penerima mendapat kotak tersebut, mereka pasti terkesima dengan kejutan yang diterima!

Instagram: aleesya.bouquet_kl.se

Alisya 2
sumber: instagram

Sumber: Instagram

 

3. Blossom TwentySix

Blossom 5
sumber: instagram

Kekasih hati anda sukakan warna pastel dan lembut-lembut? Mungkin jambangan daripada Blossom TwentySix ini sesuai untuknya. Florist ini tidak hanya menerima tempahan bunga, namun ia juga berpengalaman dalam mengendalikan majlis yang memerlukan hiasan bunga. Servis dua dalam satu ni! 

Instagram: blossom.twentysix

Blossom 4
sumber: instagram
Blossom 1
sumber: instagram

 

4. Florist In KL 

Floristkl 1
sumber: instagram

Kalau sekadar surprise ada bunga, coklat dan belon mungkin tak cukup umph! Bagaimana pula kalau anda beri teddy bear bersama jambangan bunga buat yang tersayang? Mesti lagi romantik dan menarik perhatian kekasih anda. Cairlah dia lepas terima kejutan yang ini!

Instagram: florist_in_kl

Floristkl 2
sumber: instagram
Floristkl 3
sumber: instagram

 

5. Yuki’s Fiori

Yuki 1
sumber: instagram

Pilihan bunga di Yuki’s Fiori ini agak lain dari yang lain. Selain menyediakan jambangan segar buat pelanggan, Yuki juga menggubah kuntuman bunga kering atau dried flowers yang boleh tahan cantik hiasannya. Pelanggan juga boleh menempah ‘Eternal Love Box Set’ yang mengandungi jambangan bunga biasa, jambangan bunga mini, rantai dengan kotak bunga dan juga sekeping kad ucapan. Menarik kan? 

Instagram: yuki_fiori

Yuki 2
sumber: instagram
Yuki 3
sumber: instagram

 

6. Sarangbungo 

Sarangbungo 1
sumber: instagram

Kalau kekasih anda penggemar ayam goreng dan sukakan makanan pedas, anda mungkin boleh tempah Spicy Fried Chicken Bouquet daripada Sarangbungo. Mereka bukan saja membuat penghantaran ke sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, orang dari Kelantan juga boleh membuat tempahan dengan Sarangbungo. Pasti tersenyum lebar pasangan korang dapat surprise ni! 

Instagram: sarangbungo

Sarangbungo 2
sumber: instagram
Sarangbungo 3
sumber: instagram

 

7. Elegance Florist

20729316 889540851213368 7119001163540582401 N
sumber: instagram

Seleksi bunga eksotik seperti orkid dan lavender yang digubah florist ini telah menarik perhatian pelanggan untuk menempah dengannya. Selain itu, bunga tulip yang berwarna pastel juga antara bestseller daripada Elegance Florist ini.

Instagram: eleganceflorist.my

Elegance 2
sumber: instagram
Elegance
sumber: instagram

 

8. Hemera Florist 

Hemera 2
sumber: instagram

Pernah dengar atau tengok bunga dalam kaca? Macam Beauty and The Beast pulak kan! Kalau anda teringin nak beri hadiah yang lain daripada yang lain buat yang tersayang, bolehlah tempah bunga dalam kaca daripada Hemera Florist. Anda boleh pilih sama ada nak letak bunga baby breath, mawar, hydrangea ataupun pokok kapas mini di dalamnya. Sangat unik! 

Instagram: hemeraflorist

Hemera 4
sumber: instagram
Hemera 3
sumber: instagram

Wah semuanya cantik-cantik kan! Pasti anda pun rambang mata nak pilih yang mana satu untuk kekasih kesayangan anda. Walau apapun kejutan yang anda beri, kekasih hati pasti teruja apabila dapat hadiah daripada orang yang mereka sayang.

Untunglah wanita yang dapat kejutan seperti ini daripada kekasih mereka kan! Semoga hubungan terus berkekalan. 

Baca: Terlajak Kaya! Lelaki Ini Lamar Kekasih Dengan 25 Buah iPhone x dan Hadiahkan Kepada Rakan-rakan

Kekasih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.