in

Indah Khabar Dari Rupa. Ini Realiti Kehidupan Instafemes Yang Ramai Tak Tahu

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial kini kian menjadi platform penting kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang sudah terkenal dek kerana rupa paras dan gaya hidup mereka yang didambakan oleh semua orang.


Budaya ini semakin menular sehingga wujudnya perkataan ‘instafemes’ sebagai gelaran kepada mereka yang popular di media sosial. Namun begitu, tidak semua yang mengetahui sisi hitam dan realiti sebenar kehidupan sebagai seorang instafemes.

Baru-baru ini, Hawa Wong telah berkongsi di Facebook miliknya mengenai seorang instafemes yang juga rakannya mengalami masalah depresi dek kerana terlalu tertekan dengan gaya hidup sebagai seorang yang dikenali ramai.

Jj
gambar hiasan

Kata Hawa, rakannya itu mengalami tanda-tanda depresi yang teruk termasuklah tidak boleh tidur malam dan tidak fokus dalam menjalani kehidupan harian. Selain itu, rakannya itu menghidap penyakit narsis di mana dia perlu berselfie setiap hari untuk dimuat naik ke media sosial.

Girl Selfie Webjpg
gambar hiasan

Bukan itu sahaja, bagi mengejar likes daripada peminat, rakannya telah berhabis wang untuk membeli pakaian berjenama dari atas hingga ke bawah untuk menyaingi instafemes yang lain. Jika tidak mampu menandingi mereka, rakan Hawa itu akan terperuk di dalam bilik untuk mengira wang dan berusaha sehabis daya untuk memiliki apa yang instafemes lain ada.

H2
gambar hiasan

Tidak cukup dengan itu, rakannya itu taksub dengan komen yang ditinggalkan ‘peminatnya’ sehingga sanggup membaca satu per satu dan menyekat sesiapa sahaja yang meninggalkan komen yang negatif di laman media sosialnya.

Bila ada kawan-kawan tak like gambar dia, dia akan mula mempersoalkan perkara itu pada dirinya sendiri. Kenapa eh dia tak like gambar aku? Kenapa eh dia tak komen gambar aku? Dia cemburu lah tu.”

Keluarga yang dulunya menjadi keutamaan turut ditolak tepi bagi memberi ruang untuk ke tempat-tempat mewah dan dimuat naik ke media sosial selain sanggup berhutang serta membuat pinjaman bank semata-mata untuk menaiki penerbangan kelas pertama ke luar negara.

J1
gambar hiasan

Hawa juga memberitahu bahawa rakannya kini mempunyai hutang yang banyak dengan bank dan sudah kehabisan wang simpanan sehingga rakannya itu merasakan dirinya tidak lagi berguna serta pernah berniat untuk membunuh diri kerana tidak mampu bersaing dengan instafemes lain.

Rakannya turut mendedahkan kepada Hawa bahawa ada di antara instafemes yang sanggup bergadai maruah asalkan dapat memaparkan kehidupan yang mewah dan bahagia kepada orang ramai. 

Mendengarkan hal ini, Hawa hanya mampu meminta rakannya untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalani rawatan dan menasihati orang ramai supaya tidak menjadi hamba kepada media sosial sehingga terlupa tanggungjawab sebagai seorang manusia.

Aduhai… Macam ni rupanya kehidupan instafemes.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: “Sape percaya produk dia memang bod**, dah sah korang kena tipu…” – Instafemes Tipu Orang Ramai?

Y

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.