in

Impian Menjadi Suami Isteri Selepas 13 Tahun Bercinta Musnah, Pengantin Perempuan Maut 5 Hari Sebelum Pernikahan

Langgar Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang bercinta pasti menginginkan pengakhiran yang bahagia iaitu mendirikan rumah tangga. Namun, impian pasangan ini untuk menikmati kehidupan sebagai suami isteri musnah apabila salah seorang dari mereka menemui ajal terlebih dahulu.


Menurut Nextshark, pasangan kekasih dari Taiwan itu sudah bersama selama 13 tahun dan merancang untuk berkahwin pada 1 Oktober lalu. Ren Ai Ni dan tunangnya, Lu Chun-Hsien mulakan persediaan untuk hari bahagia mereka namun malangnya, dua hati itu tidak dapat disatukan.

Pic 10
sumber: asia one

Pada 26 September lalu, sehari sebelum hari lahirnya yang ke-32, Ren Ai Ni telah pergi menjalani pemeriksaan kesihatan. Selepas selesai dan ketika sedang menyeberang jalan, sebuah bas hospital yang sedang mengundur telah melanggarnya. Perlanggaran itu menyebabkan wanita itu maut serta merta di tempat kejadian. Kesiannya.

Pic 5
sumber: nextshark

Bakal suaminya sudah tentunya kecewa dengan berita sedih itu dan telah berkongsi kesedihannya di Facebook ketika hari pengebumian Ren Ai Ni, 16 Oktober lalu.

“Sudah 19 hari saya tidak bercakap dengan awak. Akhirnya saya sarungkan cincin ke jari awak hari ini. Kita sudah berkahwin! Maaf awak terpaksa tunggu selama dua minggu lagi (untuk dikebumikan) walaupun awak tidak boleh sarungkan cincin pada saya, dan tidak dapat melihat saya memakai baju kahwin.”

Pic 2
sumber: nextshark
Pic 1
sumber: nextshark

Lu telah melakukan persediaan pengebumian yang luar biasa untuk bakal isterinya dan pastikan ianya seindah hari bahagia mereka yang telah dirancang. 

Majlis itu diserikan dengan jambangan bunga yang banyak berserta dekorasi yang indah selain gambar-gambar pre wedding dan video montaj Ren ditayangkan pada hari tersebut. Majlis dihadiri 400 tetamu itu turut membenarkan mereka menulis ucapan takziah pada kad yang disediakan.

Pic 6
sumber: nextshark
Pic 7
sumber: ebc
Pic 9
sumber: ebc

Pemandu bas serta wakil hospital turut hadir di majlis itu membawa jambangan bunga serta mengucapkan takziah dan memohon maaf, lapor World of Buzz.

Pic 4
sumber: nextshark
Pic 3
sumber: nextshark

Difahamkan, keluarga mendiang sedang melakukan urusan untuk mengambil tindakan undang-undang di atas kecuaian yang menyebabkan kematian Ren serta akan berbincang dengan pihak hospital selepas majlis berakhir.

Takziah untuk keluarga mendiang dan semoga Lu mendapat kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Siapa tak sedih kalau orang tersayang pergi meninggalkan kita kan…..

Baca: Cinta 12 Tahun Buat Wanita Tekad Peluk Islam dan Kahwini Lelaki Hidap Kanser Tahap Empat

Kahwin Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.