“Ikat macam nak buat korban. Mati tinggal tepi jalan” – Netizen Berang Kematian Tapir Menyayat Hati

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pencinta haiwan sedunia pasti akan terguris hati apabila mengetahui berita ini.

Semalam (25 Oktober), tersebarnya beberapa keping foto dan video akan seekor tapir liar yang telah diikat dan ditarik dengan cara yang kasar dalam usaha untuk mengelakkan haiwan tersebut masuk ke sebuah kawasan perumahan.

Sumber: Facebook

Menerusi perkongsian laman Facebook yang tular dan mendapat perhatian hangat netizen, tapir tersebut dikatakan tersesat masuk ke kawasan perumahan Taman Desa Saujana Langat, Hulu Langat pada malam Selasa (24 Oktober) kira-kira jam 11.40 malam hingga 1.30 pagi.



Sebaik saja orang awam sedar akan kehadiran tapir tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) telah dihubungi ke tempat kejadian untuk menangkap dan melepaskan semula haiwan tersebut ke habitatnya.

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, kedua-dua agensi itu dilihat telah menggunakan kekerasan yang keterlaluan terhadap haiwan tersebut dengan mengikat tali ke lehernya dan menarik tapir tersebut dengan kuat. Aduhai! 

Tapir tersebut juga kelihatan tertekan dan berusaha untuk melepaskan dirinya sendiri sehingga terjatuh ke atas jalan bertar dalam kesakitan. Tidak lama selepas itu, haiwan tersebut meninggal dunia. Ya Tuhan…. sampai macam tu sekali 🙁

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Lebih menyedihkan, bangkai haiwan yang diancam kepupusan ini telah ditinggalkan di tepi jalan. Keesokan harinya didapati bahagian telinga dan hidung bangkai tersebut pula telah dipotong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Facebook

Menurut perkongsian Facebook tersebut, bangkai binatang berkenaan hanya diambil oleh Jabatan PERHILITAN pada esok paginya (25 Oktober) kira-kira jam 10.30 pagi.



Rata-rata netizen yang terkesan dengan keadaan tapir liar yang diperlakukan dengan kejam itu telah meluahkan rasa amarah mereka di media sosial.

Antaranya menyebut, “Panggil JPAM dengan Bomba. Diikatnya macam nak buat korban. Akhirnya mati dan ditinggalkan di tepi jalan.” 

Sumber: Facebook

Ekoran daripada kemarahan netizen dan maklum balas negatif terhadap agensi berkenaan, Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook berkenaan isu ini.

Menurutnya,

“Saya telah meminta Ketua Pengarah PERHILITAN melakukan siasatan berhubung kejadian kematian Tapir di Taman Desa Saujana Langat, Hulu Langat siang tadi.



“Makluman awal telah diterima iaitu orang ramai telah cuba membantu termasuk pihak APM, BOMBA dan PDRM untuk menyelamatkan tapir berkenaan yang dipercayai termasuk atau terjatuh ke dalam parit.

“Walau bagaimanapun, saya rasa kecewa atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyiat kulit dan sebahagian anggota badan tapir berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah PERHILITAN membuat laporan polis dan memulakan siasatan keatas perkara tersebut.

“Saya juga ingin meminta orang ramai untuk terus menghubungi Jabatan PERHILITAN sekiranya kejadian seumpama ini berlaku lagi.”

Apa-apa pun diharapkan pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan tapir tersebut dikenakan tindakan atas perlakuan kasar mereka terhadap haiwan berkenaan.

Sayangilah haiwan yang diancam kepupusan. Kerakusan manusia dalam pembangunan tidak membawa ke mana-mana. 

Baca: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pemburuan Kejam Penyu Hijau di Sabah 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!