in

Ibu Tunggal Anak Enam Dihalau Dari Rumah Sewa Kerana Tuan Rumah Tidak Tahan Kritikan di Media Sosial

Halau Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral kisah seorang ibu tunggal anak enam yang bekerja sebagai pemotong ayam hidup di dalam kedaifan di media sosial. Melalui perkongsian dari Facebook Mahfuza Masri, Mazwin Jasmi, 37, bersama enam orang anaknya tinggal di sebuah rumah sewa dekat Kampung Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.


18527997 1416912038372888 3004686240336205136 N
sumber: facebook

Mazwin sebelum ini pernah menyewa di Ayer Molek, Masjid Tanah terpaksa menyewa di rumah papan tersebut kerana mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu membayar sewa rumah yang sebelumnya.

Walaupun rumah yang didiaminya sekarang mempunyai banyak kekurangan termasuklah tidak mempunyai bilik, mempunyai papan-papan yang berlubang, tiada tangga di bahagian hadapan dan lain-lain, namun Mazwin dan anak-anaknya tetap bersyukur kerana mereka masih mempunyai tempat untuk berteduh.

18527538 1416716465059112 3375256359672119776 N
sumber: facebook
18582261 1416716121725813 1130427745832959219 N
sumber: facebook
18581562 1416716261725799 6566466081738907687 N
sumber: facebook
18527888 1416716191725806 7634412445500131821 N
sumber: facebook
18581858 1416716145059144 936739790316682231 N 1
sumber: facebook
18519729 1416716221725803 154670113428087854 N
sumber: facebook
18555942 1416716431725782 8703803551672348726 N
sumber: facebook

Malah dengan pendapatan RM30 sehari sebagai pekerja di kedai menjual ayam, Mazwin tidak mampu menyewa rumah yang mahal dan selesa buat anak-anaknya yang berumur dalam lingkungan 14 tahun hingga 8 bulan dengan kadar sewa sekarang RM100 sebulan.

Adakalanya selepas habis bekerja di kedai ayam, di sebelah petang saya akan mengambil upah bekerja kebun di ladang kelapa sawit untuk menampung keluarga namun bergantung kepada kerja, kadang-kadang dapatlah RM25 sehari.”

Saya cuma harap dapatlah rumah yang lebih selesa untuk anak-anak dan bersyukur ramai yang datang ke rumah menyampaikan sumbangan selepas kisah saya disiar dalam FB.”

Meskipun kisah Mazwin mendapat respon baik dari kalangan netizen yang menyokong tindakan sekumpulan penyumbang yang tidak dikenali Mazwin sendiri dalam memberi bantuan itu, namun ada juga yang tidak senang duduk selepas tularnya kisah tersebut di media sosial.

18555992 1416912231706202 6882112438429496547 N
sumber: facebook

Lapor Harian Metro, tuan rumah kepada rumah yang didiami Mazwin kini telah meminta Mazwin dan anak-anaknya berpindah dari situ.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Milah yang berusia 57 tahun,

Dalam dua tiga empat hari ini awak carilah rumah lain, sebab apa, sebab busuk nama kampung saya, busuk nama saya, adik beradik pun jadi marah.”

Kata-kata tersebut diucap ketika wartawan dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka mengunjungi Mazwin di rumah tersebut.

Pun begitu, Milah yang kecewa dengan tindakan pengguna Facebook menularkan rumahnya di laman sosial tidak mencemburui akan rezeki yang diterima Mazwin. Namun, dia cuma tidak tahan dengan kritikan masyarakat yang dilemparkan terhadapnya oleh kerana tergamak menyewakan rumah daif itu kepada ibu tunggal dan anak-anaknya.

Saya tak marahkan rezeki yang awak terima tetapi kenapa ‘viralkan’ rumah saya ini sampai begini.”

Walau bagaimanapun, setelah ditenangkan wartawan dan pegawai JKM, Milah akhirnya bersetuju memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada ibu tunggal itu untuk berpindah.

Mazwin juga yang tidak menyangka kisah hidupnya tiba-tiba menjadi tular di media sosial berasa malu kerana dimarahi tuan rumah yang salah sangka dia sengaja menjadikan rumah tersebut uzur demi untuk meraih simpati dan mendapatkan bantuan.

18582270 1416912088372883 1883425617639013884 N
sumber: facebook

Sungguhpun begitu, ibu tunggal itu bersyukur kerana hal ini juga membawa rezeki kepadanya melalui pelbagai saluran bantuan yang diterima tidak kiralah dari agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.