in

Ibu Terkejut Muka Bayi 9 Bulan Ada Benjolan dan Lebam Ketika Ambil Pulang Dari Taska

Bayi Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat kekangan kerja, ia telah menjadi kebiasaan bagi ibu zaman sekarang untuk meletak anak mereka di bawah jagaan taska. Namun hati ibu mana yang tidak luluh apabila anak yang masih lagi bayi didapati cedera akibat didera pengasuh di taska?


Melalui perkongsian Mohd Firdaus Mansor di Facebook, anak saudaranya, Muhammad Khalish Aufa Muhammad Khairuddin yang berusia 9 bulan telah didapati cedera di tubuh badan dan kepala selepas diambil oleh ibunya dari sebuah taska.

Dalam kejadian yang berlaku pada 19 Julai kira-kira jam 6.30 petang itu, ibu mangsa, Nor Azilena Jaafar, 26, mendapati anaknya mempunyai kesan benjolan, bengkak dan lebam pada bahagian kepala dan dahi, selain turut menemui kesan cakaran pada kepala anaknya itu.

20108464 1824735820886552 7613125195736201679 N
sumber: facebook
20155964 1824735847553216 7041005562202181850 N
sumber: facebook

Terkejut dengan apa yang berlaku, ibu dan bapa mangsa, Muhammad Khairuddin telah bertanya dengan baik kepada staf taska tersebut akan apa yang menimpa bayi tersebut. Namun jawapan yang mereka peroleh dari pihak pengurusan taska tidak begitu memuaskan.

“Adik saya ada meminta untuk melihat rakaman video CCTV yang dipasang di dalam taska untuk memastikan perkara sebenar yang berlaku namun pelbagai alasan diberikan oleh mereka.” 

Ahaa ini mesti ada sorok sesuatu, kan??

Menurut The Reporter, ibu mangsa telah menghantar anaknya pada taska yang terletak di Jalan Stulang Baru, Taman Suria pada jam 12 tengah hari dalam keadaan baik dari segi fizikalnya. Namun keadaan fizikal anaknya itu jauh berbeza apabila dia mengambil bayi itu pulang.

20228283 1824735860886548 6643929366373647173 N
sumber: facebook

Malah ini bukanlah kali pertama hal tersebut berlaku. Firdaus juga mendedahkan, pada 12 Julai lepas bayi tersebut juga mengalami kecederaan yang hampir sama. Namun staf di taska tersebut hanya memberitahu bayinya terhantuk pada permukaan yang tajam di pintu.

Pun begitu, selepas tularnya perkongsian tersebut pihak taska telah meminta Firdaus untuk memadam post itu kerana ia telah mencalarkan reputasi taska tersebut.

“Pihak taska ada menghubungi adik saya untuk memadamkan post saya yang telah menjadi viral. Namun oleh kerana saya adalah bapa saudara kepada Muhammad Khalish, dan selagi tiada apa-apa permohonan maaf daripada pihak taska, saya akan membiarkan saja post ini di Facebook saya untuk rujukan sekiranya berlaku kejadian yang sama di taska tersebut.” 

20139716 1824735804219887 2508165792995733094 N
sumber: facebook

Susulan dari kejadian berkenaan, ibu dan bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Larkin pada Rabu lepas dan bayi itu kini telah ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.

1 12
sumber: facebook

Semoga bayi tersebut cepat sembuh dari kecederaan yang dialami. Kesian budak-budak tak bersalah jadi mangsa pengasuh taska…

Baca: Kanak-kanak Tadika Berusia 6 Tahun Didakwa Dirogol Murid Darjah 1 di Rumah Pengasuh

Taska

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.