in

Ibu Sumbat Bayi Ke Dalam Peti Sejuk Sebaik Dilahirkan Kerana Panik Tidak Bernyawa

Freezer Anak Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Ibu Sumbat Bayi Ke Dalam Peti Sejuk Sebaik Dilahirkan Kerana Panik Tidak Bernyawa
Loading
/

Ibu mana yang tak sayangkan anak? Tapi ibu yang ini lain pula ceritanya. Selepas mendapati bayi yang baru dilahirkan tidak bernyawa, boleh pula dia masukkan anak kecil itu ke dalam peti sejuk. Dah hilang akal ke apa??


Dalam kejadian yang berlaku di Kota Tarakan, Kalimantan Utara, mayat bayi perempuan telah ditemui berada di dalam peti sejuk di sebuah pusat cuci kereta pada Rabu lepas kira-kira jam 7.30 malam, lapor Tribun Kaltim.

20621810 323129828141440 5024046298477171524 N
sumber: facebook

Berikutan penemuan mayat tersebut, penduduk Kampung Satu telah melaporkan kejadian ini kepada Balai Polis Tarakan. Susulan laporan, pihak polis telah membuat penyiasatan dan membawa bayi malang itu ke Rumah Sakit Umum Daerah Tarakan untuk bedah siasat.

20525719 323129888141434 6121981519816343402 N
sumber: facebook

Manakala beberapa orang saksi dan pemilik pusat cuci kereta tersebut yang dinamakan DO telah diminta untuk memberi keterangan akan hal yang berlaku.

Selepas 10 jam sesi soal siasat, ibu kepada bayi tersebut didakwa sebagai suspek utama! Haa biar betul??

20525449 323129871474769 8431928437287530856 N
sumber: facebook

Lebih menghairankan, wanita yang dikenali sebagai SA juga merupakan isteri kepada pemilik pusat cuci kereta, DO mengaku telah melahirkan bayi tersebut pada Mei lepas tanpa bantuan sesiapa.

Satu rakaman eksklusif dari pihak polis menunjukkan SA mengakui perbuatannya dan menceritakan kronologi kejadian tersebut berlaku.

20526136 1599520440081948 7630626759502446876 N
sumber: facebook

Menurutnya, sebaik sahaja melahirkan bayi tersebut di dalam bilik mandi, anaknya itu didapati sudah meninggal dunia. Dia yang panik melihat keadaan bayi tersebut memutuskan untuk menyimpan bayinya ke dalam peti sejuk rumah sebelum pada keesokan paginya memindahkan ia ke peti sejuk pusat cuci kereta milik suaminya.

SA juga sempat memberi arahan kepada pekerja di pusat cuci kereta itu untuk tidak membuka plastik hitam yang telah diisi mayat bayi tersebut.

Namun rahsia tersebut terbuka juga setelah mereka menemukan mayat bayi berkenaan yang sudah tiga bulan di situ.

20597330 323129921474764 6902697394057177218 N
sumber: facebook

Apabila ditanya sama ada si suami sedar isterinya hamil atau tidak, DO mengaku tidak tahu menahu yang SA pernah hamil ataupun melahirkan. Malah isterinya juga tidak pernah kelihatan seperti sedang mengandung sebelum ini. Huh gilalah, takkan tak nampak langsung kot! 

Sa Pembunuh Bayi 20170804 124530
sumber: tribun kaltim
Sa Bunuh Anak
sumber: tribun kaltim

Dalam pada itu, SA mengaku membuat jenayah tersebut kerana kalut dan takut melihat bayinya tidak bernyawa. Dia berfikiran jikalau ditanam, lama kelamaan orang akan tahu juga nanti. Lalu dia memilih untuk menyimpan di dalam peti sejuk demi mengelak dari diketahui orang ramai. Alahai bengongnya! 

Dalam pada itu, pihak polis masih menyiasat kes ini dan mereka punca kematian bayi tersebut masih belum diketahui.

Jika sabit kesalahan, SA yang mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun bakal dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun.

Dunia makin gila! Tergamak seorang ibu buat perkara macam tu kepada anaknya.

Baca: Bayi Berusia 6 Hari Ditemui Mati Dalam Perigi Disyaki Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Bunuh Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.