in

Ibu Leka Bermain Telefon Bimbit, Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk Kosong Restoran

Kencing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Ibu Leka Bermain Telefon Bimbit, Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk Kosong Restoran
Loading
/

Seseorang itu seharusnya mengamalkan sikap bertimbang rasa dan kesopanan tidak kira ke mana sahaja kita berada. Namun, perkara itu bukanlah apa yang diamalkan ibu ini ketika makan di sebuah restoran.


Menurut sebuah video yang tular di media sosial Weibo, seorang ibu dari Beijing, China dirakam membiarkan anaknya melakukan sesuatu yang kotor dan jijik menyebabkan ramai netizen marah dengan sikapnya.

Kencing 1
sumber: news

Ketika berada di restoran, anaknya yang masih kecil itu memberitahunya bahawa dia mahu ke tandas. Sebagai seorang ibu yang tahu menjaga kebersihan, seseorang itu sudah semestinya akan membawa anaknya untuk ke tandas kan?

Namun, wanita itu sebaliknya apabila dia hanya tidak mengendahkan serta terus menyuruh anaknya untuk kencing di dalam mangkuk sup yang kosong atas meja sambil duduk dan leka dengan telefon bimbit.

Kencing 2
sumber: cari

Seorang pelanggan yang ternampak tindakannya itu kemudian menegur, namun wanita tersebut malah berani menjawab,

Tak kisah lah, nanti restoran ni basuh jugak pinggan mangkuk!”

Eh eh dia ni, tak malu ke. Pengotor betul!

Salah seorang staf di restoran itu yang sudah bekerja selama 10 tahun memberitahu bahawa mereka tidak pernah berdepan dengan situasi sebegitu sebelum ini. Disebabkan isu itu, mereka terpaksa membuang semua pinggan mangkuk serta kutleri digunakan keluarga berkenaan.

“Kami tidak faham kenapa pelanggan itu tidak bawa sahaja anaknya ke tandas. Tempat ini ada kemudahan tandas di setiap tingkat untuk kegunaan pelanggan,” kata staf berkenaan.

Tonton video tersebut di bawah:

Sumber: Youtube

Sebagai ibu, tunjukkanlah tingkah laku yang baik. Takkan ajar anak macam tu? Nak ke anak tu nanti amalkan sikap yang sama?

Baca: Biadap! Remaja Perempuan Selamba Buang Air Besar Depan Kedai Dobi di Seremban

Berak Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.