Ibu Lacurkan Anak Gadis Berusia 14 Tahun Kepada Lelaki Tidak Dikenali Untuk Langsaikan Hutang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Demi wang dan ingin melepaskan diri dari tanggungan hutang yang menimbun, seorang ibu sanggup melakukan perkara terkutuk ke atas anak perempuannya yang masih di bawah umur.

Menurut MMO, dua orang perempuan termasuk seorang wanita yang mempunyai anak perempuan berusia 14 tahun telah ditahan polis kerana disyaki melacurkan anaknya sendiri untuk melangsaikan hutang di Lawas, Limbang. Aduh ibu jenis apa ni??

Gambar hiasan

Nasib malang mula menimpa remaja perempuan ini ketika dia bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat karaoke di Lawas. Ibunya didakwa mempunyai masalah kewangan yang serius kerana terlalu banyak berhutang.



Demi untuk melangsaikan hutang-hutangnya, si ibu dan pemilik karaoke tempatnya bekerja telah memaksa mangsa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dia kemudian telah disuruh untuk mengikuti lelaki terbabit ke sebuah hotel di Lawas dan melacurkan dirinya. Aduhai! 

Dalam kejadian yang berlaku pada April lalu, mangsa mendakwa telah dirogol sebanyak tiga kali oleh lelaki tersebut di dalam bilik hotel. Setelah selesai, suspek kemudian dilihat membayar wang sebanyak RM1,000 kepada pemilik karaoke yang berusia 45 tahun.

Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, kegiatan jahat si ibu tersebut mula terbongkar apabila mangsa yang pada mulanya merahsiakan kejadian itu telah mengadu kepada ketua kampung.

Atas bantuan ketua kampung, mangsa yang tidak lagi bersekolah akhirnya membuat laporan polis di balai polis Lawas pada jam 10.55 pagi. Susulan dari laporan tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan pertama yang dilakukan pada jam 2.15 petang dekat Jalan Liaw Kim Liu, Lawas. Suspek merupakan ibu kandung mangsa yang berusia 30 tahun.



Gambar hiasan

Tangkapan kedua pula dibuat pada jam 3.05 petang yang melibatkan seorang wanita berusia 45 tahun iaitu pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji Matussin. Walau bagaimanapun, pihak polis masih dalam proses mengenali pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa merogol remaja tersebut.

Kedua-dua suspek kini akan dibawa ke Pejabat Daerah Lawas pagi esok untuk ditahan reman dan kes bakal disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001.

Kasihan budak tu muda-muda dah dilacurkan. Semoga ibunya dapat hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Baca: Pelajar 13 Tahun Yang Hilang Rupa-rupanya Dirogol, Dipaksa Puaskan Nafsu Warga Emas

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!