Ibu Kongsi Kisah Anak Hidap Sakit Misteri Menyebabkan Tangan Membengkak Hingga Perlu Dipotong

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dari seorang bayi yang comel dan aktif, dia berubah menjadi pasif dan sering merintih kesakitan. Itulah yang menimpa Muhd Alif Iman Azrul Hisham yang berusia setahun tiga bulan selepas tangannya membengkak secara tiba-tiba.

Sumber: Harian Metro

Menurut ibu bayi, Zaliza Murni Hasan Sabury, anaknya itu telah dilahirkan sihat dan cukup sifat sehinggalah dia menyedari akan munculnya sebiji ketumbuhan sebesar duit 50 sen di bawah ketiak Alif yang baru berumur setahun.

Gambar hiasan – Sumber: Healcure

Disebabkan penyakit tersebut, anaknya itu tidak mampu menampung berat tangannya ketika duduk mahupun berjalan.



Perkara tersebut membuatkan hati Zaliza tidak senang apabila dia mengenangkan salah seorang dari anak perempuannya meninggal dunia akibat ketulan yang sama.

Anak kedua saya memiliki ketulan yang sama seperti anak saya yang ini. Pada awalnya doktor kata ia adalah sejenis kanser, namun kemudian mereka pun kurang pasti dengan penyakit anak saya.” 

Bimbang dengan apa yang menimpa bayinya, Zaliza dan suami, Azrul Hisham Zakri membawa anak mereka ke sebuah klinik swasta di Perak. Namun, doktor yang merawat memaklumkan bahawa penyakit tersebut hanya berkaitan dengan kelenjar dan memberi ubat antibiotik, pun begitu keadaan Alif masih lagi sama.

Saya ambil keputusan bawa anak ke Hospital Teluk Intan, Perak pula, tetapi selama lima hari anak ditahan di hospital, doktor yang merawat masih tidak dapat mengesan penyakitnya walaupun melakukan pelbagai ujian kesihatan termasuk imbasan x-ray dan MRI (ujian imbasan magnetik).” 

“Malah, bengkak anak semakin membesar selepas doktor memasukkan air ke dalam badannya,” sambungnya lagi.

Sumber: Facebook

Melihatkan keadaan Alif semakin memburuk, doktor mencadangkan supaya anaknya menjalani rawatan kimoterapi dan pada masa yang sama tangan bayi tersebut terpaksa dipotong. Sungguhpun begitu, Zaliza tidak bersetuju.

Saya tidak bersetuju kerana pernah ada pengalaman anak kedua saya bengkak di bahu kanan, diambil tisu dan menjalani enam kali kimoterapi, tetapi tiada perubahan dan meninggal dunia selepas itu.”

Zaliza akhirnya memilih untuk mencuba perubatan tradisional pada Selasa lalu di kampung halamannya dekat FELDA Padang Piol.



Gambar hiasan – Sumber: Laman Felda Padang Piol

Alif dibawa nenek, Habsah Malik dan atuknya, Hassan Sabury Yusoff berjumpa seorang pengamal perubatan tradisional Islam yang seterusnya memberitahu bahawa anak kecil itu menghidap penyakit Kudis Orang Baik. Penyakit itu dikatakan jarang berlaku dan hanya terjadi ke atas orang tertentu sahaja.

Baru dua kali bawa anak berubat di situ nampak ada sedikit perubahan, tangannya yang dulu keras dan membiru sedikit kurang, tetapi saya tidak tahu lagi selama mana keberkesanannya.”

Katanya lagi, dia akan berusaha memberikan yang terbaik buat bayinya kerana tidak mahu kehilangan satu-satunya anak yang ada.

Sumber: Facebook

Menurut Habsah, dia sanggup menghabiskan wang buat cucunya itu untuk kembali pulih kerana tidak mahu lagi kehilangan cucunya seperti yang lepas.

Selain dari anak kedua, Zaliza juga kehilangan anak pertamanya disebabkan masalah muntah yang teruk sehingga bayi enam bulan itu meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan di hospital.

Dikemaskini: Adik Alif sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur atas arahan dan tajaan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.



Sumber: Facebook

Bagi orang ramai yang ingin membantu Zaliza Murni boleh menghubunginya di talian 011-39596782. Semoga adik Alif cepat sembuh. 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!