in

Ibu Keliru Anak Kena Marah Gara-gara Minum Air Masak Semasa Ustazah Tengah Mengajar

Nangis Budak Sek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam bermulanya hari pertama persekolahan sempena tahun 2018. Bila sudah mula sesi persekolahan, ibu bapa pasti akan dengar rungutan anak-anak tentang guru mereka yang garang. Kalau sekadar marah tak buat kerja sekolah itu biasalah. Tapi ada juga yang merungut kena marah dengan guru disebabkan alasan tak munasabah!


Menerusi perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi, seorang ibu telah berkongsi kepadanya akan tindakan seorang ustazah memarahi anak lelakinya hanya kerana minum air masak ketika guru tersebut sedang mengajar. Eh biar betul ni??

Sekolah 1
gambar hiasan

“Seorang ibu mengadu pada saya satu kisah yang membuatkan aku rasa geram, sedih dan keliru. Begini ceritanya. 

“Suatu hari, salah seorang anak perempuannya (anak perempuan ibu tersebut) berkongsi, abangnya kena marah dengan ustazah dalam kelas. Ustazah itu maki hamun anaknya di depan rakan yang lain. 

“Lalu, si ibu ini bertanya kepada anak lelakinya, apa punca sampai ustazah marah sebegitu. Lalu, anaknya memaklumkan beliau minum air masak masa ustazah tengah mengajar,” cerita Akhi Fairuz.

Img 20150424 Wa0001
gambar hiasan

Oleh kerana tidak mahu mendengar kisah daripada sebelah pihak, si ibu ingin menyiasat sendiri dan bertanyakan hal tersebut kepada rakan sekelas anaknya. Rakan-rakannya mengaku memang betul ustazah tersebut marah kerana anak wanita itu minum air masak ketika ustazah sedang mengajar.

Keliru dengan tindakan ustazah tersebut, si ibu ingin mencari jalan penyelesaian. Dia menghubungi Guru Besar dan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan ustazah berkenaan sambil membawa ole-oleh tanda dia tidak mahu mencari gaduh.

Beliau hadir bersama suami. Awal-awal lagi beliau sudah pesan pada suaminya, abang diam sahaja ya. Biar saya yang handle. Beliau masak benar akan perangai suaminya. Maklumlah, pesara tentera. Nanti tak pasal-pasal pertemuan yang harmoni jadi marah-marah.” 

Kedatangan pasangan suami isteri itu disambut dengan baik oleh ustazah. Si ibu beranikan diri bertanya betul atau tidak guru tersebut memarahi anaknya dalam kelas. Ustazah tersebut menjawab ya dengan alasan anak wanita itu nakal sangat dalam kelas.

Tak berpuas hati dengan jawapan ustazah, si ibu mendesak dan terus bertanya lagi, “Sebab anak saya nakal atau ada sebab lain?” 

Cikgu
gambar hiasan

Ustazah tersebut mengaku ada sebab lain. Katanya, pada hari tersebut dia kurang sihat. Pening kepala nak menguruskan pelajar dalam kelas. Entah bagaimana dia terus marah apabila anak wanita tersebut minum air dalam kelas. Aduhai! 

Reda dengan apa yang berlaku, si ibu berharap perkara seperti ini tidak berulang lagi. Dia meminta supaya ustazah tersebut jangan memarahi anaknya di depan orang ramai. Kalau anaknya benar salah, dia beri izin untuk rotan.

Setelah beberapa ketika, ustazah tersebut tidak marah-marah lagi. Namun apa yang mengejutkan si ibu apabila ustazah ini mula memulaukan anak-anaknya. Buat tidak nampak di dalam kelas. 

Malah lebih menyedihkan, jawatan pengawas yang disandang anak lelakinya itu telah dilucutkan kerana ustazah tersebut menurutnya menguruskan bahagian lantikan pengawas. Hmm tak profesionallah kalau macam ni kan? 

“Tuan Puan, ini kisah benar yang berlaku pada seorang ibu, tahun lepas. Beliau kongsikan kepada saya agar memberi pandangan, apa yang boleh dilakukan oleh beliau selepas ini.

“Nasihat saya kepada guru-guru di luar sana, tak kisahlah kalian guru mengajar subjek apa sekalipun, mohon sangat untuk pandang anak murid kalian dengan pandangan kasih sayang.

“Saya tak tahu pula minum air masak dalam kelas satu kesalahan. Tengok anak Cina bawa bekal air masak okey je. Sana sini mereka minum,” ujar Akhi Fairuz.

Gerakan Minum
gambar hiasan

Di akhir entrinya, Akhi Fairuz berharap ustazah tersebut sedarlah daripada kesalahan yang dilakukannya. Belajar agama bukan semata-mata untuk mengajar orang lain, tetapi ianya harus dipraktikkan dengan perbuatan kita.

Pun begitu menurutnya, tidak semua ustazah begitu. Ada juga yang baik budi pekertinya dan disayangi murid serta ibu bapa.

Pelik juga tak boleh minum air dalam kelas semasa guru tengah mengajar. Harap-harap guru janganlah tegas sampai macam tu. Kesian murid sekolah. 

Baca: “Saya sporting, tapi kalau dah lebih tu sila meninggal” – Guru Tegur Anak Murid Biadap Dikecam Netizen

Cikgu Brutal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.