in

Ibu Hilang Tiga Anak Serentak Dalam Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Anak Syurga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betapa beratnya dugaan seorang ibu apabila dia telah kehilangan ketiga-tiga orang anak lelakinya dalam nahas kebakaran di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung awal pagi ini.


Berita yang diterima Mashawani Mohamed Shahid, 29, ketika azan Subuh baru berkumandang itu menambahkan berat di hati kerana dia seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suaminya sejak lapan tahun lalu, lapor Mstar.

Ibu
sumber: mstar

Meskipun begitu, jenazah tiga anaknya, Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Harris Ikhwan masih belum dapat disahkan dan akan dikemaskini dalam waktu yang terdekat ini.

2
sumber: berita harian

Menurut ibu saudara mangsa, Rosnani Mohd Nor, kematian anak-anak kepada sepupunya itu baru diketahui selepas jenazah mangsa semua dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

“Kami sekeluarga bersedih dengan kejadian malang ini terutama ibu kepada anak-anak ini.”

Buat masa ini, Rosnani masih belum bertemu dengan sepupunya.

Semoga ibu mangsa tabah menghadapi dugaan berat ni. Anak-anaknya kini sudah di syurga…

Baca: “Amiel masuk tahfiz untuk tolong ibu dan ayah..” – Mangsa Kebakaran Sempat Kirim Surat Terakhir

Capture 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.