in

Ibu Cekik Anak Autisme Hingga Mati Kerana Tidak Larat Menjaganya

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sememangnya mempunyai anak autisme adalah satu cabaran terutamanya buat ibu dan bapa. Lebih-lebih lagi dalam menjaga dan mendidik mereka. Namun, cabaran itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kita putus asa.


Hal yang sedemikian telah pun berlaku di Bangkok apabila seorang ibu tunggal bertindak mencekik anak perempuannya yang menghidap autisme hingga mati atas alasan tidak larat menjaganya. Kejamnya!

Image Crop 1
sumber: sinar harian

Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku pada hari Isnin sejurus selepas dia berhenti kerja sebagai seorang pembantu rumah. Yolawadee Suasermsiri, 52,  kemudian pulang ke rumah dan bertindak mencekik anaknya dengan sehelai kain kira-kira jam 9 pagi pada hari yang sama.

Penolong Inspektor Thung Song Hong, Leftenan Ukrit Suthirapong dan bebeberapa pegawai lain bergegas ke apartmen miliknya selepas Yolawadee melaporkan sendiri kejadian tersebut pada jam 3 pagi.

Re31
gambar hiasan

Wanita itu memberitahu pihak polis bahawa dia juga berhasrat untuk membunuh dirinya selepas baring di sebelah mayat anaknya dengan meminum tiga tin minuman keras. Malangnya, hasrat Yolawadee terbantut apabila dia termuntah semula semua minuman keras itu.

Sejak kematian suami tiga tahun lalu, Yolawadee terpaksa menjaga anak perempuannya itu sendiri tanpa bantuan sesiapa. Oleh kerana sudah tidak larat dan tertekan, Yolawadee mengambil dua biji pil Diazepam untuk tidur pada setiap malam.

Diazepam
gambar hiasan

Anaknya yang menghidap autisme itu tidak mampu menjaga dirinya sendiri serta sering kali ditinggalkan dan dikunci di apartmen sewaktu dia keluar bekerja.

Yolawadee yang sudah beberapa kali berniat untuk membunuh anaknya mengatakan bahawa anaknya tidak lagi bersekolah kerana gangguan mental yang dihadapinya dan semenjak dari itu anaknya telah mendapatkan rawatan di Institut Rajankul.

Bahaya sungguh tekanan hidup yang dialami seseorang. Jangan ambil ringan, jika tidak, perkara sebegini tidak mustahil boleh berlaku.

Baca: “Saya Tiada Niat Untuk Melukai Hatinya”- Ibu Terpaksa Kurung Anak OKU Dalam Bilik Khas

Capture 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.