in

Ibu Bapa Sangka Dua Anak Meninggal Semasa Tragedi Tsunami 2004, Akhirnya Bertemu Semula

Parents Lost Kids To 2004S Tsunami Finally Reunites 10 Years Later Heres How World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang dapat lupakan tragedi tsunami yang berlaku hampir 13 tahun lepas? Pada 26 Disember 2004, sekurang-kurangnya 200,000 orang terbunuh di 14 buah negara dan Aceh, Indonesia antara yang paling teruk terjejas oleh kerana bencana alam tersebut.


Tsunamin
sumber: newsner

Seperti mangsa bencana yang lain, keluarga Rangkuti antara yang terkesan teruk akibat dari bencana itu. Saat tsunami menimpa Aceh, Septi Rangkuti telah meletakkan tiga orang anaknya di atas sebuah papan kayu yang besar untuk mengelakkan anak-anaknya dari lemas, menurut Newsner.

Walau bagaimanapun, dua daripada tiga orang anaknya hanyut ke laut. Mereka ialah anak lelakinya berusia empat tahun, Arif dan anak perempuannya berusia tujuh tahun, Raudhatul.

Sebaik sahaja air surut, Septi dan isterinya, Jamaliah mencari anak yang hilang selama sebulan, namun usaha mereka bertemu jalan hampa.

Miraklet
sumber: newsner

Menyedari peluang mereka semakin tipis, pasangan ini redha dan memberi tumpuan dalam membesarkan anak yang masih hidup dan memulakan hidup baru.

Walau bagaimanapun, selepas 10 tahun berlalu, 2014 membawa sinar baru setelah abang kepada Septi terlihat iras-iras wajah seseorang yang dikenalinya di kampung. Dia juga mendapat tahu bahawa gadis itu telah menjadi anak yatim selepas tragedi tsunami.

Menurut gadis tersebut, dia telah dihanyutkan ombak laut sejauh 128 km jauh dari rumahnya. Dia kemudiannya terdampar di sebuah pulau kecil, yang mana dia diselamatkan oleh seorang nelayan yang baik hati. Lelaki tersebut membawa dia ke rumah dan dia dibesarkan oleh ibu kepada nelayan tersebut sejak 10 tahun lalu.

Tsunamimiraklet 222
sumber: newsner

Mengesyaki gadis itu mungkin anak kepada Septi, abang Septi telah menghubungi Jamaliah dan menceritakan berita baik itu kepadanya. Sungguhpun begitu, masih terlalu awal untuk gadis itu dikatakan anak kepada Septi kerana dia menggunakan nama yang berbeza dan tidak mempunyai banyak ingatan akan hidupnya sebelum tsunami berlaku.

Pertemuan kemudian diatur antara Septi dan isterinya dengan keluarga nelayan tersebut. Pada saat mereka ditemukan, Septi dan Jamilah yakin benar bahawa gadis itulah anak mereka yang hilang hampir 10 tahun lepas. Aww….

Tsunamimiraklet1
sumber: newsner

Gadis itu kemudian disatukan bersama keluarganya. Pun begitu, kisah mereka tidak berakhir di situ saja…

Disebabkan liputan media yang menyeluruh terhadap pertemuan itu, Arif yang juga hilang bersama kakaknya semasa tragedi tsunami tersebut ditemukan juga. Syukurlah!

Menurut laporan Newsner, hanya Raudhatul saja yang diambil nelayan tersebut sejak mereka tiba di pulau itu kerana dia tidak mampu untuk menjaga Arif. Anak kecil tersebut ditinggalkan sendirian dan menjadi gelandangan selama beberapa tahun sebelum sebuah keluarga lain mengambilnya sebagai anak angkat.

Rangkuti Family 013
sumber: newsner

Selepas melihat gambar Arif tersebar di televisyen, keluarga yang menjaga Arif menghubungi Septi dan membenarkan Arif untuk tinggal bersama keluarga kandungnya.

Akhirnya keluarga Rangkuti bersatu semula selepas 10 tahun! Didoakan semoga keluarga ini sentiasa bahagia selalu. 

Baca: Bapa Menangis Selepas Anak-anak Beri Kejutan Hadiah Kereta Idamannya

Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.