in

Hati-hati Pengguna CIMB! Bank Kehilangan Back Up Data Yang Mengandungi Info Pelanggan

Cimb Reportedly Lost Its Backup Data Some Customers May Be Affected World Of Buzz 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perhatian pengguna CIMB! Bank ini sedang mengalami masalah.


Menurut NST, CIMB Group Holdings Bhd memaklumkan bahawa terdapat beberapa pita magnetik yang mengandungi ‘back up data’ penting telah hilang semasa operasi rutin dijalankan.

Ini apa yang berlaku:

 

1. Beberapa info pelanggan CIMB dikatakan terjejas 

Cimb Reportedly Lost Its Backup Data Some Customers May Be Affected World Of Buzz
gambar hiasan

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak bank, beberapa pita magnetik dilaporkan hilang dalam proses transit telah mengandungi informasi mengenai pelanggan dan juga anak syarikat bank tersebut.

Walau bagaimanapun, informasi yang hilang itu tidak melibatkan data seperti Personal Identification Number (PINs), kata laluan, atau kad kredit dan nombor card verification value (CVV), lapor NST.

 

2. Maklumat yang hilang tidak jatuh ke tangan yang salah

Cimb Reportedly Lost Its Backup Data Some Customers May Be Affected World Of Buzz 5
gambar hiasan

Daripada siasatan CIMB, mujurlah maklumat yang hilang itu tidak jatuh ke tangan penjenayah atau mereka yang berniat jahat. 

Buat masa ini, pihak bank masih bekerjasama dengan pihak berwajib dalam mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi pelanggan mereka. CIMB juga yakin bahawa informasi pelanggan yang penting masih ada dengan mereka dan menegaskan bahawa mereka cuma kehilangan pita back up sahaja.

 

3. CIMB telah menggantung beberapa perkhidmatan buat sementara waktu

Cimb Reportedly Lost Its Backup Data Some Customers May Be Affected World Of Buzz 2
gambar hiasan

Ekoran kejadian ini, CIMB telah mengambil langkah keselamatan dengan menghentikan beberapa perkhidmatan menerusi talian khidmat pelanggan. Ia termasuklah:

  • Penukaran alamat
  • Penukaran nombor telefon dan/atau alamat emel
  • Penukaran alamat untuk perbankan/kad kredit
  • Pemindahan wang pihak ketiga tanpa T-Pin
  • Pembayaran kepada pelanggan tanpa T-Pin
  • Penciptaan atau permintaan T-Pin

 

4. Pelanggan dinasihatkan untuk berhati-hati

Cimb Reportedly Lost Its Backup Data Some Customers May Be Affected World Of Buzz 4
sumber: wob

Terakhir sekali, susulan daripada insiden ini, CIMB telah menasihatkan pelanggannya untuk sentiasa berhati-hati dan merujuk apa-apa perkara kepada saluran CIMB yang rasmi seperti laman web, talian khidmat pelanggan, dan mana-mana cawangan CIMB.

“Sungguhpun ia insiden terpencil, kami telah mengkaji semula serta mengukuhkan lagi keselamatan dan proses dalaman bank untuk memastikan kejadian ini tidak akan berulang,” kata CEO CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah menghubungi CIMB di talian +60 3 6204 7788 (Talian Khidmat Pelanggan), +60 3 6204 7799 (Premier Card), 1300 88 5300 (Preferred Call Centre), 1300 88 8828 (Business Call Centre — Commercial/Enterprise Banking), or 1300 88 8068 (Business Call Centre — Corporates).

Diharapkan pihak CIMB dapat menangani isu ini dengan baik. Para pelanggan juga dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menjalankan urus niaga menggunakan akaun CIMB. 

Baca: Hati-hati! Akaun Bank Wanita Kering Selepas Tekan Emel Daripada ‘LHDN’ 

Lhdn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.