in

Hati-hati! Akaun Bank Wanita Kering Selepas Tekan Emel Daripada ‘LHDN’

Msians Bank Account Gets Wiped Out After Clicking Into E Mail From Government World Of Buzz 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi mangsa kepada penipuan online adalah sesuatu yang menyedihkan. Tiada siapa yang mahu wang titik peluh mereka hilang dengan begitu saja kepada scammer yang pembelit.


Namun kini, pembelit seperti ini sudah lebih bijak dan kreatif dalam mengenakan mangsa mereka untuk memberi informasi akaun bank peribadi. Malah lebih teruk lagi, dengan kecanggihan teknologi, kegiatan jenayah ini makin susah dikesan.

Hal inilah yang menimpa mangsa, Lee Shi Ni Michelle yang tertipu apabila dia telah menerima sebuah emel daripada jabatan kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), lapor WORLD OF BUZZ.

LHDN merupakan sektor kerajaan yang menguruskan cukai dan selalunya rakyat Malaysia berurusan dengan sektor ini untuk hal berkaitan cukai pendapatan.

161215Lhdn
sumber: mmo

Dalam satu perkongsian Facebook pada 1 November lalu, Michelle telah menceritakan bagaimana sebuah emel yang diterimanya telah menyebabkan dia kehilangan kesemua wang di akaun bank. Menurutnya,

“Saya terima emel ini daripada Encik Fadzli Bin Abdul Wahit <phillir1@gvsu.edu> pada hari Isnin dan semalam, jadi saya tekan untuk periksa.” 

Malah bukan Michelle saja yang menerima emel ini. Kebanyakan netizen juga mengakui mereka telah menerima emel yang sama!

Msians Bank Account Gets Wiped Out After Clicking Into E Mail From Government World Of Buzz 2
sumber: wob
Msians Bank Account Gets Wiped Out After Clicking Into E Mail From Government World Of Buzz 3
sumber: wob

“Selepas menekan butang ‘proceed’ berwarna biru, saya telah diarahkan ke sebuah laman yang memaparkan logo-logo bank yang memberitahu saya untuk memilih bank yang saya gunakan dan mengikut arahan yang ditetapkan.

“Selepas saya memilih CIMB, saya diarahkan ke CIMBclicks.” 

Opss macam ada yang tak kena je ni! 

“Saya masukkan username dan kata laluan serta diminta untuk menaip nombor TAC.

Selepas beberapa minit, saya menerima SMS daripada CIMB yang menyatakan kesemua wang saya telah dipindahkan kepada seseorang yang tak dikenali!”

Msians Bank Account Gets Wiped Out After Clicking Into E Mail From Government World Of Buzz 6
sumber: wob

“Saya terus menelefon bahagian khidmat pelanggan CIMB dan mereka terkejut apabila mendapat tahu yang saya tidak menjalankan transaksi tersebut. Mereka memberitahu bahawa had pemindahan wang saya dinaikkan dan sejumlah wang dipindahkan sebaik itu.

“Saya sangat terkejut apabila mengetahui kedua-dua tindakan itu tidak lakukan oleh saya! Apa yang saya lihat di CIMBclicks hanyalah laman tersebut dan ruang untuk menulis username dan kata laluan.

“Saya langsung tak tekan ke laman ‘transfer’ ataupun menaikkan had pengeluaran wang. CIMB telah menyekat akaun tersebut dan menasihatkan saya untuk membuat laporan polis.

“Saya kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan rumah. Saya seterusnya diminta untuk bertemu dengan inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Sri Petaling.

“Menyedihkan, inspektor itu memberitahu, saya tidak boleh mendapatkan wang tersebut semula. Saya cuma berharap yang mereka mampu mencari penjenayah itu dan memasukkannya ke dalam jel.”

Msians Bank Account Gets Wiped Out After Clicking Into E Mail From Government World Of Buzz 7

Licik sungguh penjenayah macam ni kan? Walau bagaimana berhati-hati pun seseorang itu, pasti ada yang terpedaya juga dengan penipuan seperti ini!

“Walaupun saya selalu ambil tahu mengenai isu penipuan internet, saya tak percaya yang akhirnya saya menjadi salah seorang mangsa kes ini. Jadi berhati-hatilah semua kerana perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.” 

Lain kali kalau anda nampak emel seperti ini, lebih baik berhati-hati dan elakkan dari menekan butang link yang pelik, lebih-lebih lagi jikalau anda tak pasti apakah ia sebenarnya. Terdapat juga sebuah emel yang lebih kurang sama tersebar, namun kali ia meminta anda untuk menekan sepotong link dan perlu memuat turun sebuah file. Tolonglah jangan tekan! 

Msians Bank Account Gets Wiped Out After Clicking Into E Mail From Government World Of Buzz 4
sumber: wob

Peringatan buat semua! Tolong jangan tekan emel-emel pelik macam ni ye. Kongsikan bersama rakan anda untuk keselamatan semua. 

Baca: Lelaki Hampir Tertipu Dengan Panggilan Palsu Dari Hong Leong Bank Arah Bayar Hutang RM3000

Hhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.