in

“All the haters are pund*k, gua champion s**l” – Safiq Rahim Maki Haters JDT

Hater Pundek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"All the haters are pund*k, gua champion s**l" - Safiq Rahim Maki Haters JDT
Loading
/

Tahniah buat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam memenangi trofi Piala Malaysia dengan menundukkan pasukan lawan, Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu lepas.


Jdtjuara
sumber: mstar

Dalam kegembiraan dan keterujaan menyambut kejayaan tersebut, ia dicalarkan dengan tularnya sebuah video mengenai kapten pasukan JDT, Safiq Rahim yang menghamburkan kata-kata kesat ketika meraikan kemenangan itu, lapor Malaysia Kini.

Dalam video berdurasi seminit tersebut, Safiq dengan bangganya menyebut,

All haters are pund*k. Gua champion s**l! B***, anak h***m!”

Serius ah Safiq cakap macam tu??

Tidak pasti sama ada Safiq berada di dalam keadaan terlalu gembira, marah ataupun sekadar mencurahkan bebanan emosi, tindakannya menghamburkan kata-kata kesat ketika sedang berpesta di tepi padang itu sangatlah tidak wajar dan dianggap keterlaluan bagi netizen.

Bagi netizen, Safiq yang dianggap sebagai pemain profesional dan ahli skuad negara itu tidak sepatutnya berkelakuan biadap meskipun terhadap pembenci JDT.

Safiq Buat Hal
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, Safiq melalui Facebook rasmi Johor Southern Tigers menyifatkan kemenangan JDT kali ini sebagai kejayaan pertama kali buatnya secara individu.

Safiq Rahim Tmj
sumber: sarawak voice

Tanpa menyentuh isu video yang tersebar di media sosial baru-baru ini, dia hanya mengucapkan terima kasih buat keluarga JDT termasuklah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan mereka.

“Yang paling penting adalah walau apa sekali pun orang katakan, kita tetap bersatu sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Safiq Rahim
sumber: oh semput

Malah dia juga tidak mahu kemenangan ini berhenti setakat ini sahaja dan berharap pada musim akan datang, pasukan JDT akan merangkul lebih banyak kejayaan.

“Saya telah menjulang semua piala di Malaysia namun saya sentiasa dahagakan kejayaan.

“Saya perlukan lagi kejayaan demi kejayaan untuk kelab dan juga pencapaian secara individu. Saya tidak boleh berhenti setakat ini dan saya perlu tingkatkan lagi prestasi perlawanan saya pada masa akan datang,” katanya lagi.

Apa-apapun tahniah buat pasukan JDT. Semoga Safiq terima teguran netizen dengan tangan terbuka. Tak sedaplah bagi seseorang yang profesional untuk hambur kata-kata kesat macam tu. 

Baca: Dikatakan Menjadi Punca Kekalahan Harimau Malaya, Rakyat Malaysia Beri Kata Semangat Pada Haziq Nadzli

Haziq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.