in

“Hargai bakat saya!” – Dato’ Aliff Kecewa Filem Badang Dikritik Penonton Sesuka Hati

Aliff Badang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Hargai bakat saya!" - Dato' Aliff Kecewa Filem Badang Dikritik Penonton Sesuka Hati
Loading
/

Dah tonton Badang: Adiwira Sepanjang Zaman? Penampilan pertama Dato’ Aliff Syukri, jutawan kosmetik terkenal di dalam filem arahan Dato’ Dr. A. Razak Mohaideen baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi. Salah satunya ialah penonton tidak berpuas hati dengan lakonan Aliff yang dikatakan tidak sesuai untuk memegang watak superhero di mana menurut mereka, ia lebih elok disandang pelakon lebih ‘gagah’ darinya.


Alif Badang 1
sumber: instagram

Terkilan dengan komen-komen penonton, Dato’ Aliff telah melahirkan rasa kecewanya melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram. Menurut Aliff, kritikan yang diterima itu tidak adil kerana ia datang daripada mereka yang tidak menonton filem tersebut.

“Tak ada fikir ke penat jerih kita? Ingat apa, saya berlakon ni percuma? Fikirlah apa yang saya rasa. Ingat saya ni batu, tunggul kayu? 

“Korang tak tengok lagi dah kutuk. Kalau korang kat tempat saya, apa yang korang rasa? Jiwa raga saya. Kesabaran saya ni ada limit tau!” katanya di dalam video tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Dato’ Aliff juga menyifatkan filem Badang sebagai sebuah karya yang bagus dengan hasil seni yang terbaik. Malah ia boleh mengalahkan filem superhero Marvel, Black Panther lakonan Chadwick Boseman dan Micheal B. Jordan. Emmmm…

“Sebenarnya (Badang) boleh kalahkan semua jenis filem. Black Maria ke, Black Panther ke… semua jenis black!ujar Aliff.

Badang 3
sumber: instagram

Menerusi video tersebut juga, Aliff meluahkan rasa sedihnya apabila menerima pelbagai penghinaan daripada orang ramai meskipun dia sudah berpenat lelah menjayakan lakonan di dalam filem tersebut.

Hargai bakat saya. Fikir kalau korang kat tempat saya. Jangan main kutuk-kutuk je,” katanya lagi.

Pun begitu, Aliff juga sempat mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang menonton filem Badang lakonannya. Dia meminta agar peminat filem tempatan memberinya ruang untuk bernafas dan mengetengahkan karya yang dihasilkan. Bagi Aliff, Badang tidaklah seteruknya mana seperti digembar-gemburkan pengkritik lain.

Badang 2
sumber: instagram

Bagi mereka yang belum menonton, Badang masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Februari lalu. Filem ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Fasha Sandha dan Fauzi Nawawi sebagai teraju utama.

Haih bersabar jelah Datuk. Adatlah orang berkarya, tambah-tambahlah lagi filem. Tidak semua orang suka apa yang kita buat kan? Moga Datuk lebih terbuka dalam menerima kritikan…

Baca: “Cerita kanak-kanak” – Badang Dilabel Filem Gagal Kerana Aliff Syukri Tiada Bakat Berlakon? 

Adiwira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.