in

“Harga promosi lain, bila bayar di kaunter harga lain”- Wanita Dedah Taktik Licik Pasaraya Terkemuka

Pppp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes penipuan dlihat seperti salah satu kes yang tidak asing lagi di Malaysia. Boleh dikatakan hampir hari-hari rakyat Malaysia ditipu tanpa mereka sendiri sedari. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah mendedahkan taktik licik sebuah pasaraya terkemuka dalam memperdayakan para pembeli secara halus.


Menurut perkongsian Rusniza Mohammad, kejadian bermula apabila dia dan keluarganya pergi ke pasaraya Giant Prima Saujana, Kajang untuk membeli barangan keperluan.

Gianttt
gambar hiasan

Sewaktu sedang membeli-belah, Rusniza terserempak dengan promosi murah yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut. Antaranya adalah sos cili ‘Life’ yang berharga RM 8.49 untuk dua botol (harga asal RM 4.99 untuk sebotol) dan mi segera ‘Maggi Cup’ yang berharga RM 7.99 (harga asal RM 9.80).

Cili
sumber: facebook

Teruja dengan diskaun yang ditawarkan, Rusniza terus meletakkan barang-barang tersebut ke dalam troli dan gerak menuju ke kaunter bayaran. Rakyat Malaysia mana je tak suka diskaun kan?

Namun sewaktu hendak membuat bayaran, Rusniza terkejut apabila kedua-dua barangan tersebut tidak ditolak dengan diskaun yang sepatutnya diberikan. Aik macam tu pulak?

Maggi
sumber: facebook

Rusniza kemudian mempertikaikan isu itu kepada juruwang pasaraya berkenaan dengan menunjukkan gambar harga promosi yang ditangkap menggunakan telefon bimbitnya.

Tidak puas hati dengan apa yang dipertikaikan Rusniza, juruwang berkenaan bertindak untuk memeriksa kesahihan maklumat tersebut dan ternyata apa yang dikatakan Rusniza benar. Lebih biadab lagi, jurujual berkenaan tidak meminta maaf atau memberi sebarang penerangan terhadap penipuan yang mereka lakukan.

Kaunter Giant
gambar hiasan

Tambah Rusniza lagi, ia merupakan kali ketiga dia berhadapan dengan kes penipuan sebegini pada tahun ini.

“Bayangkan sudah dua hari mereka telah menipu orang ramai yang membeli dua barangan ini dan sudah berapa ratus ringgit mereka telah merompak duit daripada pelanggan mereka.”

Ekoran penipuan yang menimpanya, Rusniza sempat memberi nasihat kepada orang ramai melalui perkongsiannya agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan licik seperti ini.

“Saya nasihatkan kepada orang ramai yang beli barang dengan harga promosi, semak betul-betul bil anda dan jangan main bayar sahaja. Kepada pihak yang bertanggungjawab, rajin-rajinlah buat pemeriksaan untuk memastikan orang ramai tidak ditipu oleh tauke-tauke yang tamak dan jahat seperti ini.”

Betul tu!. Lain kali kalau lepas beli barang sentiasa periksa bil dulu. Ingat, sentiasa pertahankan hak kita sebagai pengguna.

Baca: Gadis Rugi RM300 Ditpu Lelaki Jual iPhone 6, Rupa-rupanya Hanyalah Telefon Mainan

Capture 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.