in

“Harap je nama lelaki tapi mulut macam betina!” – Dato’ Aliff Bengang Dituduh Bayar RM1000 Pada Bodyguard

Pagealiff2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Harap je nama lelaki tapi mulut macam betina!" - Dato' Aliff Bengang Dituduh Bayar RM1000 Pada Bodyguard
Loading
/

Nama Dato’ Aliff Syukri, pengasas produk kosmetik terkenal ini sudah tidak asing lagi di Malaysia. Memuat naik gambar-gambar berkongsi gaya kehidupan mewah di laman Instagram sudah menjadi kewajipan buatnya. Ramai yang menjadikan Aliff sebagai inspirasi untuk berjaya, tetapi ramai juga yang tidak senang duduk walau apapun yang dilakukan olehnya.


Joe14
sumber: instagram

Menurut Media Hiburan, netizen khabarnya menuduh Aliff membayar RM1,000 sahaja kepada pengawal peribadi yang bekerja untuknya. Takkan orang kaya macam ni bayar RM1,000 je? Terlajak kedekut tu namanya.

Menafikan dakwaan yang dilemparkan, Aliff memuat naik beberapa keping screenshot di laman Instagram yang penuh dengan kritikan masyarakat menuduhnya yang bukan-bukan.

Joe11
sumber: instagram

Tidak tahu daripada mana sumbernya, netizen mengatakan bahawa kontrak pekerja Aliff hanya tiga bulan sahaja sambil menyuruh individu berkenaan mencari kerja lain yang lebih ‘mulia dan berbaloi’ seperti cleaner atau tukang kebun.

“Kalau bodyguard gaji seribu, baik jadi tukang kebun,” kata seorang netizen.

Ada yang mengatakan mungkin ada benarnya Aliff membayar gaji sebanyak itu kepada pengawal peribadinya. Hal ini kerana, jikalau dia membayar gaji mereka dengan nilai yang tinggi, sudah pasti ia dihebohkan ke laman sosial kerana Aliff seorang yang suka menunjuk-nunjuk.

Joe10
sumber: instagram

Bengang dengan tohmahan yang diterima, Aliff meninggalkan kapsyen berikut di Instagram meminta supaya netizen tidak sesuka hati menabur fitnah jika tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Joe9
sumber: instagram

Keesokan harinya Aliff dilihat memuat naik satu video bersama pengawal peribadinya yang dipanggil Abang Joe untuk menjelas perkara sebenar kepada netizen yang mengkritiknya tanpa usul periksa.

Joe6
sumber: instagram
Joe3
sumber: instagram

Menerusi video tersebut, Abang Joe menjelaskan latar belakang dirinya dan tidak mahu mendedahkan jumlah sebenar gaji yang diterima dengan memberi bayangan bahawa bayaran yang diterima mencecah lima angka.

Joe4
sumber: instagram

Setelah digesa Aliff, Abang Joe akhirnya memberitahu bahawa jumlah gaji berserta elaun yang diterimanya berjumlah RM10,000. Wow! Bukan RM1,000 tapi RM10,000 sebenarnya! Ternyata bayaran sebenar pengawal peribadi Aliff jauh beza daaripada tanggapan netizen. 

Jika tak tahu perkara yang sebenar, seeloknya janganlah kita memfitnah sembarangan. Harap-harap Dato’ Aliff tak mudah melatah dan sentiasa bersabar dengan tohmahan yang diterima.

Tonton video di bawah:

Sumber: Youtube

Baca: “Saya menaja berjuta-juta… suka-suka korang je kutuk saya kedekut” – Aliff Syukri

Aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.