in

“Haram Ambil Duit Hasil Jualan Kek Bertemakan Karakter Seperti Upin Ipin, Boboiboy….”

Sumber:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sumber gambar di atas: yannzcakecupcake.com / mybabydeco.com


Lambakan kek bertema tidak dinafikan menjadi trend, apatah lagi kek sebegitu tampak lebih mewah dan eksklusif untuk sesuatu majlis. Pelanggan gembira dengan hasil kreatif dan peniaga pula gembira hasil kerja mereka itu disukai dan mendapat pulangan yang lumayan.

Tetapi, pernahkan anda terfikir tentang hukum mencuri hak cipta?

Seorang penulis komik, Irfan Foner berkongsi tentang hal itu baru-baru ini di laman Facebook.

Berdasarkan status itu, difahamkan Irfan menceritakan situasi di mana dia menjelaskan tentang isu kepada peserta di dalam kelas branding. Menurutnya, semua peserta terkejut apabila diberitahu bahawa kelakukan tersebut haram kerana selama ini ianya dipandang remeh.

Tidak boleh. Haram duit yang kita ambil itu.”

Jawapan itu diberikan Irfan kepada peserta yang mengajukan soalan berkaitan trademark pada logo. Irfan kemudian mengaitkan soalan yang diaju itu dengan situasi tersebut.

Seorang peserta turut bertanya adakah ianya tetap dikira haram meskipun pelanggan yang membuat permintaan itu. Irfan kemudian menjawab, “Tetap tidak boleh.”

Tuan, Puan yang mungkin tidak perasan selama ini, saya sekadar ingin mengingatkan. Kita tidak boleh menggunakan imej watak-watak kartun seperti Upin Ipin dan Boboiboy untuk ditampal pada produk kita semata-mata nak tarik perhatian anak-anak tanpa kebenaran dari pemegang hakcipta asal watak-watak itu.”

Kek5
gambar hiasan

Irfan turut menekankan bahawa melakukan sedemikian itu sama seperti merompak harta orang lain, jadi duit yang dibayar oleh pelanggan itu menjadi haram untuk kita ambil.

Seorang peserta yang masih mahukan penjelasan lebih teliti kemudian bertanya,

Katakan saya mahu menjual kek. Kami ada satu pencetak edible yang boleh mencetak manisan di atas kek. Ramai pelanggan meminta kami untuk mencetakkan gambar Upin Ipin pada kek. Memang tidak boleh?”

Printer
edible printer
Kek1
gambar hiasan
Kek2
gambar hiasan

Irfan kemudian memberitahu bahawa ianya tidak haram sekiranya kek itu dibuat untuk dimakan sendiri.

“Tetapi jika untuk dijual pada pelanggan, itu tidak boleh,” beritahu Irfan.

Menyedari peserta masih perlu diberi penjelasan lebih terperinci, Irfan kemudian memberi gambaran situasi kepada mereka.

Bayangkan puan membuat kek yang kosong dan boleh dijual dengan harga RM20. Tetapi jika puan letak gambar Boboiboy pada kek, ia boleh dijual dengan harga RM50. Itu bermaksud, dengan gambar itulah puan boleh menjual dengan harga yang mahal.

Kalau disebabkan gambar itu puan dapat lebih keuntungan, sebenarnya kita sudah mengambil hak keuntungan orang lain. Inilah yang saya maksudkan dengan mengambil duit yang haram.”

Kek4
gambar hiasan
Kek3
gambar hiasan

Mendengar penjelasan itu, kesemua peserta terkedu. Seorang lagi peserta kemudian mempersoalkan tindakan ramai peniaga yang menjual baju serta produk lain dengan menggunakan kartun Disney, Upin Ipin dan lain-lain.

“Mereka tidak disaman pula?” soal peserta itu.

Irfan kemudian menerangkan bahawa tidak disaman itu tidaklah bererti kelakuan tersebut boleh dibuat. Menurut Irfan, proses mahkamah yang melecehkan menyebabkan ramai tidak memfailkan saman. Namun dia memberikan kesimpulan bahawa semuanya bermula pada diri sendiri sebagai seorang usahawan.

Ini soal adab, soal etika perniagaan. Walaupun kita lihat itu hanya kartun, nampak macam tidak ada nilai, tetapi membangunkan watak kartun itu besar kosnya. Kita mengambil keuntungan pada kos yang ditanggung oleh orang lain tanpa kebenaran.”

Pihak Lobak Merah sekadar berkongsi. Siapa lah kami untuk mengesahkan sesuatu hukum, jadi jika anda memerlukan lebih penjelasan, mungkin anda boleh dapatkan dari mereka yang lebih arif dalam hal hukum hakam.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.