in

Hampir Direman Kerana Dituduh Miliki Syabu, Wanita Dedah Taktik Baru Scammer Dapat Duit Mudah

Ko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah ditipu scammer ni bukan perkara asing di dalam masyarakat kita. Daripada menyuruh isi borang survey sehinggalah menyamar jadi askar, pelbagai taktik telah digunakan scammer untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Seiring teknologi semasa, taktik yang digunakan scammer tidak bertanggungjawab ini juga semakin canggih dan berani.


Terbaru, seorang wanita telah berkongsi di laman Facebook miliknya kisah bagaimana dia hampir ditipu RM5,000 oleh scammer yang menggunakan satu taktik baru. Ramai individu pernah menerima panggilan palsu, namun apa yang dikongsikan wanita dikenali sebagai Fazimah Md Bazid ini adalah lebih berbahaya.

Ke 1
sumber: facebook

Fazimah memaklumkan bahawa dia menerima panggilan daripada individu yang mendakwa mereka adalah pihak kastam di Kedah. Individu tersebut memberitahu bahawa Fazimah menerima notis amaran terakhir berkenaan GST sebanyak RM16,000 dan masih tertunggak akibat rampasan telefon bimbit di checkpoint kastam Bukit Kayu Hitam.

Menafikan melakukan perkara tersebut walaupun namanya tertulis sebagai pelaku, talian Fazimah kononnya disambung ke IPD Kedah pula bagi meneruskan temubual. Ditemu bual oleh individu bergelar Sarjan Hazimi, Fazimah diminta hadir ke IPK Kedah. Oleh sebab jarak balai terlalu jauh dengan lokasinya yang berada di Selangor, mereka membenarkan Fazimah membela diri dengan membuat laporan secara dalam talian dan dirakam.

Hwh
sumber: facebook

Selesai disoal jawab Sarjan Hamizi, Fazimah ditemu bual Sarjan Taufiq pula. Ketika ini, Sarjan Taufiq kononnya membuat semakan di bahagian IT jika Fazimah pernah terbabit dengan mana-mana kes jenayah sebelum ini.

“Saya dengar perbualan sarjan tersebut melalui walkie talkie. Keadaan sangat real ketika itu dengan cara dan perbualan mereka,” kata Fazimah.

Bahagian IT tersebut kemudiannya memaklumkan bahawa nama Fazimah tersenarai dalam kes syabu seberat 16 kilogram dan waran tangkap sudahpun dikeluarkan untuk menangkap wanita tersebut. Perasaan Fazimah ketika itu bercampur baur kerana dia langsung tidak melakukan semua jenayah yang dituduh ke atasnya.

Dihambur pelbagai fakta dan tuduhan jenayah bertubi-tubi, Fazimah menangis kerana terlalu risau dan gementar dengan apa yang menimpa dirinya. Apa yang pelik, Sarjan tersebut melarang wanita itu ke mana-mana balai kerana katanya Fazimah akan ditahan reman kerana tidak bekerjasama dengan pihak polis. Perkara ini juga tidak boleh didedahkan kepada sesiapa termasuk suami Fazimah.

K2 4
sumber: facebook

Sudah hampir dua jam menerima panggilan tersebut, Fazimah yang sudah menangis masih belum menerima sebarang kata putus atas jenayah-jenayah yang konon dilakukan olehnya itu. Sarjan tersebut kemudiannya meminta wanita itu bertenang dan memberi dua pilihan untuk menyelesaikan masalah ini.

1. Reman selama 45 hari, akan dilepaskan jika didapati tidak bersalah.

2. Membayar wang jaminan sebanyak RM5000, wang akan dikembalikan dalam masa 24 jam jika didapati tidak bersalah. 

Fazimah memberitahu bahawa dia tiada wang sebanyak itu dan mempertikai cara sarjan tersebut mengendali kes ini. Pun begitu, dia pula kembali ditengking kerana didakwa mengganggu siasatan polis. Fazimah berkeras mahu ke balai untuk membela diri namun sarjan tersebut memujuknya untuk bank in duit jaminan itu ke akaun personal auditor di mahkamah. Fazimah memberitahu bahawa dia nekad mahu ke balai tapi disuruh sediakan dua pasang baju kerana dia akan ditahan setibanya di balai nanti.

K1 7
sumber: facebook

Fazimah kemudian meninggalkan telefon tersebut di mejanya dan meminjam telefon staf lain untuk menghubungi suami. Suami Fazimah meminta wanita itu bertenang sementara dia menyemak perkara tersebut dengan rakannya yang merupakan seorang polis. Fazimah seterusnya kembali ke bilik semula untuk mendapatkan telefon tetapi talian tersebut sudah terputus. Dia juga ada menerima WhatsApp memaparkan surat mahkamah untuk membuat tangkapan terhadapnya.

Setelah menceritakan semuanya kepada suami, Fazimah dinasihatkan membuat laporan polis dan kes tersebut dianggap scam atau sindiket.

“Cara-cara yang mereka gunakan sangat real, dari panggilan telefon, cara siasatan dan ketegasan mereka. Mungkin kerana saya tidak berapa tahu cara anggota kita membuat siasatan jadi perkara sebegini sedikit sebanyak mempengaruhi dan mudah dipercayai.”

Mengakhiri perkongsiannya, Fazimah berharap perkara sebegini akan dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Hati-hati semua! Sanggup buat panggilan palsu berjam-jam hanya untuk dapatkan duit cara mudah!

Baca: Wanita Kongsi Kisah Ditipu Hampir RM20,000 Dengan Lelaki Scammer Menyamar Jadi Askar

Askar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.