in

Hak Undang-undang Yang Anda Perlu Ketahui Sebagai Seorang Pekerja di Malaysia

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata pekerja di Malaysia tidak tahu akan kewujudan akta yang dipanggil Akta Pekerja 1955 (Employment Act 1955). Akta ini digubal oleh kerajaan untuk melindungi dan menjaga kebajikan para penjawat di Malaysia dari ditindas oleh majikan.


Ini adalah antara hak akta pekerja yang perlu diketahui sebagai seorang pekerja di Malaysia.

 

1. Pembayaran gaji

Pekerja di Malaysia harus dibayar gaji bulanan mereka tidak lewat daripada hari ketujuh selepas pembayaran gaji yang terakhir. Gaji minima bagi semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM 1000 sebulan manakala gaji minima bagi Sabah, Sarawak dan Labuan ditetapkan pada kadar RM 920 sebulan.

Ringgit1206C
gambar hiasan

 

2. Waktu bekerja

Pekerja di Malaysia tidak digalakkan untuk bekerja lebih dari lapan jam sehari, 48 jam seminggu ataupun bekerja selama lima jam berturut-turut tanpa rehat. Betul!

3165527F 2A0A 3A8D 8Fc6 5775142A0806
gambar hiasan

 

3. Kerja lebih masa

Pekerja di Malaysia perlu dibayar tidak kurang daripada 1.5 kali ganda pada hari biasa, dua kali ganda pada hari cuti berehat dan tiga kali ganda pada hari cuti umum.

Overtime
gambar hiasan

 

4. Cuti rehat

Pekerja di Malaysia berhak mendapatkan satu hari berehat dalam seminggu dan mereka perlu dibayar pampasan semula jika diarah untuk bekerja pada waktu tersebut.

On Leave
gambar hiasan

 

5. Cuti tahunan

Pekerja di Malaysia berhak mendapatkan cuti tahunan sebanyak lapan hari bagi yang bekerja kurang daripada dua tahun, 12 hari bagi yang bekerja lebih dari dua tahun dan kurang dari lima tahun dan 16 hari bagi yang bekerja lebih dari lima tahun.

Annual Leave
gambar hiasan

 

6. Cuti sakit

Pekerja di Malaysia berhak mendapatkan cuti sakit sebanyak 14 hari bagi yang bekerja kurang dari dua tahun, 18 hari bagi yang bekerja lebih dari dua tahun dan kurang dari lima tahun dan 22 hari bagi yang bekerja lebih dari lima tahun.

Mc
gambar hiasan

 

7. Cuti umum

Pekerja di Malaysia berhak untuk dibayar jika diarah bekerja pada cuti umum. Mereka juga layak untuk memohon cuti ganti jika mereka terpaksa bekerja pada hari tersebut.

Cuti
gambar hiasan

 

8. Pekerja wanita

Pekerja wanita tidak boleh melakukan kerja-kerja perindustrian, pertanian mahupun pekerjaan di bawah tanah antara pukul 10 malam hingga 5 pagi.

Wanita
gambar hiasan

 

9. Perlindungan bersalin

Pekerja wanita yang mengandung berhak mendapat cuti bersalin tidak kurang daripada 60 hari dan juga gaji bulanan.

Mengandung
gambar hiasan

 

10. Penamatan pekerjaan

Tempoh notis penamatan pekerjaan (jika tidak diberikan sebarang kontrak oleh syarikat) adalah selama empat minggu jika bekerja kurang dari dua tahun, enam minggu jika bekerja lebih dari dua tahun dan kurang dari lima tahun dan lapan minggu jika sudah bekerja lebih dari lima tahun.

Jangan Sesekali Berhenti Kerja Kerana 7 Perkara Ini
gambar hiasan

 

11. Faedah sampingan

Pekerja di Malaysia juga berhak mendapat faedah sampingan sebanyak 10 hari gaji untuk setiap tahun bekerja jika bekerja kurang dari dua tahun. 15 hari gaji untuk setiap tahun bekerja jika bekerja lebih dari dua tahun dan kurang dari lima tahun. 20 hari gaji untuk setiap tahun bekerja jika sudah bekerja lebih dari lima tahun.

Bonus
gambar hiasan

Kini anda tahu 11 hak-hak yang ada miliki sebagai penjawat di Malaysia. Sekarang anda bolehlah ambil langkah berjaga-jaga supaya hak-hak anda ini tidak ditindas oleh mana-mana pihak. Selamat bekerja semua!

Baca: Rakyat Malaysia Kini Dengan Mudahnya Boleh Membuat Laporan Polis Menggunakan Aplikasi VSP

Capture 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.