in

‘Habib’ Mengaku Keturunan Cucu Nabi Ditangkap Orang Ramai Kerana Merogol

Habibiiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
'Habib' Mengaku Keturunan Cucu Nabi Ditangkap Orang Ramai Kerana Merogol
Loading
/

Terdahulu kami pernah menulis kisah seorang lelaki Arab yang kononnya mengaku pandai merawat penyakit termasuklah ikhtiar zuriat sehingga golongan terkenal dan pemimpin negara mempercayainya.


Namun pembongkaran akan penipuannya dalam memperdaya seorang wanita hanya berakhir dengan begitu saja tanpa sebarang penangkapan kerana kurangnya bukti-bukti kukuh.

20476272 1620900084648954 6510685084393518467 N
sumber: lobak merah

Pun begitu, sekali lagi kisah ‘Pak Arab’ ini kembali hangat selepas tersebarnya sebuah rakaman video dari Ibnu Ayyub yang jelas-jelas menunjukkan lelaki tersebut sudah ditangkap dan laporan polis mengenainya juga sudah dibuat oleh mereka yang terlibat. Akhirnya! 

Ibnu Ayyub dalam posting Facebook memberitahu,

“Sebab itulah, berbuih mulut kita mengingatkan, jangan sekali-kali terpesona dengan manusia bergelar ‘Habib’. Apatah lagi besar serbannya, tasbih pula tak pernah lekang di tangannya.” 

Menurutnya lagi, lelaki tersebut juga pernah mengaku sebagai cucu daripada keturunan Nabi Muhammad SAW dengan tujuan untuk menguatkan lagi penipuannya. Ceh! Berani guna nama Nabi pula tu! 

Malah lebih menyedihkan dia juga mengaku berjumpa dengan Nabi setiap hari! Kumpulan pengikutnya yang jahil mempercayai kata-kata ‘Habib’ tersebut bulat-bular sehingga sanggup menyerahkan leher untuk disembelih dan menggadai harta serta anak dan isteri untuk dijadikan pertaruhan.

“Ini baru Habib rogol anak orang, yang Habib rogol akidah orang lagilah ramai!” kata Ibnu Ayyub. 

Haih takutnya dengar! 

Melalui video di posting tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki mengerumuni suspek berkemeja kosong yang sudah terduduk di atas lantai dengan kedua-dua belah tangannya ditarik ke atas oleh seorang lelaki.

Habib 2
sumber: facebook

Mereka kemudian menyebut kepadanya dengan kasar, “Kau rogol anak orang, kan? Kenapa kau rogol anak orang?!” 

Dia kemudian ditampar di kepala dan dipaksa untuk mengakui kesalahannya. Lelaki Arab tersebut hanya berani mengangguk dan menyebut perkataan sorry atau maaf beberapa kali.

Suspek yang menggunakan nama samaran seperti Alhabib Assayid Toha Aljailani atau Sheikh Tobib Toha Aljailani sebenarnya bernama Ra’ad T. Mohammed dan berasal dari Al Falujjah, Iraq. 

20526202 1620899147982381 1013820165939113251 N
sumber: facebook

Beliau telah didakwa melakukan beberapa buah jenayah seperti menyamar sebagai seorang doktor pakar, menipu orang ramai dengan menjual ubat-ubatan palsu, menjual telefon bimbit mangsanya dan menyebarkan ajaran sesat. Beliau juga didakwa telah menerbit dan mengedar DVD lucah yang berunsur penipuan dan fitnah dari mangsanya yang lepas. Wehh bahaya betul dia ni! 

20604469 701755313362203 3505659629822200254 N
sumber: facebook

Menurut Ibnu Ayyub, beberapa laporan polis sudah dibuat ke atas lelaki tersebut. Sebelum ini, suspek telah dilihat muncul dalam program agama seperti Malaysia Berselawat yang ditayangkan di TV Alhijrah dan bermesra dengan pemimpin dan artis terkenal negara.

20526149 701755356695532 3083236103790042467 N
sumber: facebook
20621209 701755533362181 6492456625567481019 N
sumber: facebook
20526172 701755413362193 8118445233952967818 N
sumber: facebook
20597350 701755480028853 6340857570077229915 N
sumber: facebook

Sentiasalah berhati-hati dalam mempercayai seseorang. Pakaian tidak menunjukkan akhlak, tapi jangan pula pukul rata semua habib atau syeikh begitu. 

Baca: Lelaki Arab Mengaku Pandai Rawat Penyakit Tetapi Didakwa Gila Seks dan Perdaya Wanita

Habib Pentipu Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.