in

Guru Tendang Kaki dan Dada Pelajar Berkali-kali Kerana Buang Sampah Sesuka Hati

F 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guru sering digambarkan seorang individu yang penyabar dan mempunyai peribadi yang baik serta terpelajar.


Namun, seorang pelajar baru-baru ini mendakwa ditendang gurunya di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerang, Terengganu.

Menurut pelajar tingakatan lima itu, dia ditendang beberapa kali di bahagian dada sehingga menyebabkannya mengalami sesak nafas. Punca gurunya menendang adalah kerana pelajar itu dikatakan membuang sampah makanan melalui celah cermin tingkap.

Lebam
gambar hiasan

Menurut pelajar itu, dia juga ditendang di bahagian kaki sehingga mengalami lebam selain dipaksa mengambil sampah bungkusan nasi itu menggunakan mulut.

Tendangan itu menyebabkan saya sukar bernafas dan memohon kepada guru kelas untuk pulang kerana kesakitan,” katanya.

Menurutnya lagi, kesan lebam itu hanya disedarinya selepas pulang ke rumah selain dada terasa sakit dan sukar bernafas.

Sejurus tiba di rumah dan dimaklumkan anaknya tentang perkara itu, bapa pelajar berkenaan terus membawanya ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan susulan dan dimaklumkan oleh doktor bahawa tiada kecederaan serius.

Hospital
gambar hiasan

Rasanya dua-dua salah, kan? Kenapa buang sampah bungkusan nasi merata? Guru pula, mengapa perlu menendang pelajar sampai begitu sekali?

Apa pendapat anda?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.