in

Guru Sekolah di Tawau Tendang Anak Murid Kerana Lewat Hingga Retak Kaki

Pelajar1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai cara digunakan para pendidik untuk mendisiplinkan anak murid. Namun, kekerasan bukanlah satu cara yang patut digunakan untuk menghukum dan mendenda mereka.


Menurut Borneo Today, seorang pelajar berusia 10 tahun dari Tawau dilaporkan telah dikasari gurunya kerana lewat masuk ke kelas.

Kejadian berlaku pada hari Isnin kira-kira jam 7.30 pagi di mana guru lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan marah dengan kanak-kanak tersebut yang tiba lewat. Bapa kepada dua anak itu kemudian bertindak menendang kaki kiri dan menamparnya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian betis.

Kelas
gambar hiasan

Menurut ibu mangsa, selepas anaknya itu mengadu sakit di bahagian kaki dan mengalami kesukaran untuk berdiri, dia segera membawanya ke Hospital Tawau pada jam 7 malam hari yang sama.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan dan doktor memaklumkan bahawa kanak-kanak itu mengalami keretakan pada tulang kaki dan telah dibalutkan dengan simen sebelum imbasan X-ray diambil.

Tendang
sumber: borneo today

Wanita berusia 56 tahun yang tidak mahu namannya disiarkan itu kemudian membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut. Menurutnya, dia sama sekali tidak kisah jika anaknya dihukum kerana kesalahan yang dilakukan tetapi bukanlah dengan cara seperti itu.

“Saya diberitahu guru itu telah menendang dan menampar anak gadis saya ketika dia lewat ke kelas dan terlupa untuk menyiapkan kerja yang diberikan.”

“Adakah sudah tiada cara lain untuk mendisiplinkan seorang kanak-kanak selain menggunakan tindakan berlebihan?”

Laporan
sumber: borneo today

Difahamkan, guru serta guru besar sekolah itu sudahpun memohon maaf namun wanita itu ingin insiden yang menimpa anaknya disebarkan kerana tidak mahu guru-guru yang lain membuat perkara yang sama di masa akan datang. Disebabkan itu, dia meminta Jabatan Pendidikan mengambil tindakan ke atas guru berkenaan.

“Adakah permohonan maaf itu cukup untuk memastikan guru-guru tidak menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak?”

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya akan menyiasat kes ini dan akan mengambil keterangan dari guru, guru besar serta saksi-saksi yang lain. Kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan yang teruk.

Kalau betul nak mendidik atau menghukum sebagai pengajaran, bukan begini caranya. Menggunakan kekerasan sudah semestinya akan menyebabkan kecederaan.

Baca: Guru Panaskan Besi Pengasah Pensil dan Tekap di Muka Pelajar Tahun Dua Sebagai Hukuman

Tekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.