in

Guru Liwat Pelajar Tingkatan Dua Lebih 50 Kali di Kuarters Guru di Sarawak

Bg 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di bahagian kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.


Rahsia gelap seorang guru di Sarawak baru sahaja terbongkar apabila beliau ditangkap kerana meliwat bekas pelajar lebih daripada 50 kali.

Guru dari sekolah yang terletak di Mukah, Sarawak itu telah ditahan polis semalam selepas mangsa tidak sanggup lagi menyimpan penderaan dilaluinya dan menceritakan detik hitam tersebut kepada cikgu lain.

4
gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Mukah , Deputi Supritendan Jimmy Panyau berkata pelajar tingkatan 2 itu telah diliwat oleh gurunya dari Ogos 2015 sehingga Mei tahun ini.

Beliau merahsiakan perkara ini kerana beliau takut akan cikgu itu.” 

Suspek yang berumur 42 tahun itu telah menggunakan mangsa untuk memuaskan nafsunya di sebuah hotel bajet di Sibu dan di kuarters guru sejak mangsa mula bersekolah di sana.

Malah, tahun ini sahaja beliau telah diliwat sebanyak 5 kali antara bulan Februari dan Mei!

3 4
gambar hiasan

Tertekan akan keadaan itu, mangsa meluah perasaannya kepada cikgu lain yang kemudiannya membuat laporan polis hingga suspek berjaya ditangkap.

Mangsa memberitahu pihak polis bahawa mereka melakukan seks di luar tabii itu sebanyak 20 kali di dalam kuarters guru dan juga di sebuah hotel di Kapit antara bulan Ogos dan Disember 2015.

Mangsa juga mengaku bahawa dia turut diliwat oleh gurunya lebih kurang 30 kali di sebuah rumah di Kemuyang.

Mangsa dilaporkan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

2 3 E1497494237136
sumber : utusan borneo

Guru itu pula telah ditahan di sekolah tempatnya mengajar, di hulu Kapit sekitar jam 10.40 pagi semalam.

Suspek akan dihantar ke Balai Polis Mukah esok untuk disoal siasat mengikut Seksyen 377 C atas kesalahan melakukan seks di luar tabii. Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sebanyak 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika disabit kesalahan.”

Nasib baik mangsa buat keputusan untuk cerita dekat guru lain. Kesian dia menjadi sasaran pelampias nafsu seorang guru songsang.

Baca : Guru Lakukan Kelucahan Melampau Pada Murid Lelaki Dalam Tandas Guru di Kuala Lumpur

1 7 E1497493687725

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.