in

Guru Cium Dan Peluk Tubuh Murid Lelaki Dalam Tandas Sekolah di Petaling Jaya

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aik! Dah tak cukup orang dewasa ke kat Malaysia ni sampaikan anak murid sendiri pun jadi mangsa untuk puaskan nafsu? Anak murid satu hal, yang dicabulnya pula sejantina. Apa nak jadi…


Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Jenayah
Seksual atas pertuduhannya melakukan serangan seksual fizikal terhadap murid lelaki berumur sembilan tahun.

Dasdas
gambar hiasan

Menurut Sinar Harian, guru berusia 27 tahun itu memeluk dan mencium anak muridnya di dalam tandas sekolah yang terletak di Petaling Jaya. Dia melakukan serangan itu di antara jam 12.20 tengah hari hingga 6.30 petang, antara bulan Ogos 2016 hingga 17 Julai 2017. Haih orang dah bagi tanggungjawab jadi guru, dia ambil kesempatan pula.

Capture 12
gambar hiasan

Guru yang hanya menerima gaji sebanyak RM 1,600 tersebut didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 25 tahun dan sebatan jika bersalah.

Guru tersebut yang mengaku dirinya tidak bersalah tidak diberikan sebarang ikat jamin pada mulanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali kerana kesalahannya yang cukup serius.

Selepas rayuan, guru tersebut diwakili peguam Farhan Read diberi jaminan sebanyak RM 10,000 dengan syarat dia dilarang mendekati dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai. Mahkamah juga meminta guru tersebut untuk melaporkan diri setiap bulan di balai polis dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Pun begitu, suspek masih belum terbukti bersalah. Kesnya bakal didengar semula pada 25 September depan.

Muda lagi dah berdepan dengan pertuduhan sebegitu. Lain kali fikir dulu sebelum bertindak. 

Baca: Guru Ditahan Kerana Hantar Gambar Wanita Sedang Beronani Kepada Pelajar

Capture 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.