in

Guru Cabul dan Lakukan Onani Depan Murid Tahun 3 Selama Satu Jam di Tandas Guru

Bg 35

Zaman sekarang pencabul ada di mana-mana sahaja termasuklah dalam sekolah.

Minggu lepas, seorang murid Tahun 3 dilaporkan telah lambat hadir ke perhimpunan sekolah namun punca sebenar yang menyebabkannya lewat memang amat mengejutkan.

2 33
gambar hiasan

Sudah pasti semua tahu jika seseorang murid telah melanggar peraturan sekolah mereka akan ditahan oleh pengawas mahupun guru. Menurut The Star, pada hari kejadian di mana murid tersebut dikatakan telah lambat hadiri perhimpunan, dia telah ditahan dan disoal namun murid tersebut gagal memberi penjelasan yang jelas.

Apabila ditanya, murid itu hanya mendiamkan diri dan enggan menjawab sebarang soalan yang akan mendedahkan lokasi sebenar keberadaannya sebelum sesi perhimpunan bermula. 

6 17
gambar hiasan

Namun, tidak lama selepas itu mereka berjaya mendapatkan jawapan dengan bantuan rakaman CCTV di sekolah tersebut. Bagaimanapun, rakaman tersebut telah mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.

Melalui rakaman itu, murid tersebut dilihat kerap menyinggah ke tandas guru lelaki tetapi bukan atas niat untuk ponteng sekolah. Sesuatu yang aneh telah terjadi setiap kali pelajar tersebut memasuki tandas guru tersebut.

3 21
gambar hiasan

Rupa-rupanya terdapat seorang guru lelaki yang muncul setiap kali murid tersebut memasuki tandas guru. Anehnya, setiap kali pelajar itu ke tandas, mereka berdua hanya akan keluar satu jam kemudian. Ada benda tak kena ni!

Akhirnya segalanya terbongkar dan mereka mendapat tahu bahawa guru ganti yang telah mengajar murid itu sejak Tahun 1 telah melakukan perbuatan tidak bertamadun dengan mengajak murid itu ke tandas semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

4 36
gambar hiasan

Selama satu jam berada di dalam tandas itu, guru tersebut telah menyentuh dan mencabul kanak-kanak berusia 9 tahun itu. Bukan itu sahaja, mangsa tersebut juga terpaksa menyaksikan aksi guru itu melakukan onani di depan matanya sendiri.

Kini, pendidik yang berusia 27 tahun itu telah pun dipecat beberapa hari selepas rahsianya terbongkar. Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Seramnya! Budak darjah tiga pun boleh jadi mangsa!

Baca :  Guru Lelaki 53 Tahun Tenung Pelajar Lelaki Ketika Kencing dan Paksa Lakukan Seks Oral di Tandas OKU

1 46 E1501128355727