in

“Good luck Sufian Suhaimi!” – Netizen Ternganga Elfira Loy Belanja RM10,000 di Sephora L.A

Catsfuel2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Elfira Loy merupakan nama yang sudah tidak asing lagi dalam industri seni di Malaysia. Baru-baru ini, Elfira yang lebih mesra disapa El telah melangsungkan majlis pertunangan dengan tunangnya, Sufian Suhaimi dalam majlis mewah yang nyata menelan belanja puluhan ribu ringgit.


Tunmang
sumber: instagram

Terbaru, El telah memuat naik video di saluran YouTube miliknya, Twink3l TV yang telah membuat ramai penonton tergamam. Mana taknya, El telah berkongsi video unboxing barangan Sephora yang telah dibelinya di Los Angeles.

Apa yang membuatkan penonton ternganga adalah kerana kesemua barangan itu menelan belanja hampir RM10,000! Wow!

El11
gambar hiasan

Video yang berdurasi 21 minit 39 saat itu memaparkan El yang menunjukkan barang dibelinya di kedai tersebut berserta dengan harga setiap satu barangan. Kesemua produk alat solek yang dibeli gadis kecil molek ini adalah daripada jenama-jenama mewah terkenal di serata dunia.

Bukan itu sahaja, malah El juga sanggup membelanjakan RM500 hanya untuk highlighter dan RM115 untuk tweezers. Walau bagaimanapun, di dalam video tersebut, ada kalanya El meluahkan rasa menyesal kerana telah menghabiskan wang sejumlah itu untuk membeli alat-alat solek tersebut. LOL!

El12
sumber: youtube

Videonya yang mendapat 84,000 tontonan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata memerli Elfira kerana telah boros membelanja sebanyak hampir RM10,000 hanya untuk alat solek.

El1Blur El5Blur

El3Blur
sumber: youtube

Namun begitu, masih ramai penonton yang merasakan tindakan El membelanjakan sebanyak itu memang padan dengan statusnya sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya.

El6Blur El7Blur

El8Blur
sumber: youtube

Selain itu, ramai antara mereka yang menaburkan rasa simpati buat tunangnya, Sufian kerana bakal mendapat isteri yang suka berbelanja besar. Huhuhuhu…

El2Blur El4Blur

El10Blur
sumber: youtube

Apa-apapun, itu semua rezeki masing-masing. Elfira Loy memang mampu untuk membeli semua itu, maka tiada masalah untuk dia membelanjakan jumlah yang besar sebagai reward untuk dirinya sendiri.

Baca: “Bersyukurlah Dato. Orang lain ada lagi susah dari Dato” – Aliff Syukri Dihentam Kerana Status di Instagram

Hh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.