in

Geram Ada Hubungan Dengan Orang Lain, Wanita Dera Dan Potong Kemaluan Kekasih

Page R

Baru-baru ini kita sering disajikan dengan pelbagai kisah rumah tangga di mana suami telah mencurangi isteri mereka. Walau bagaimanapun, perbalahan mereka hanyalah melibatkan perang mulut serta sedikit pukulan yang tidak mendatangkan kecederaan serius.

Namun begitu, kisah terbaru ini bakal buat para lelaki berfikir dua kali sebelum mencurangi pasangan mereka. Menurut Harian Metro, seorang wanita berusia 36 tahun yang geram dengan kekasihnya kerana punyai hubungan dengan wanita lain bertindak mendera lelaki tersebut.

Ptg2
Sumber: metro

Bukan sekadar itu, menurut Metro, wanita bernama Zhanna Nurzhanova itu juga telah bertindak memotong kemaluan kekasihnya, R. Suleimanov selepas mengaku kepada kakaknya bahawa dia tertarik hati dengan seorang wanita lain yang bernama Karina.

Zhanna kemudian dikatakan menjumpai gambar beberapa wanita lain di dalam telefon bimbit teman lelakinya itu. Berang dengan kekasihnya, Zhanna merancang untuk ‘memberi pengajaran’ dengan menggunakan helah mengajak kekasihnya itu untuk melakukan permainan seks di mana tangan dan kaki Suleimanov diikat pada bucu katil, 21 Januari yang lalu di Astana, Kazakhstan.

Ptg3
sumber: metro
Ptg6
sumber: mirror

Dalam keadaan terikat di katil, Zhanna memaksa Suleimanov menelan dua biji pil jenis barbiturat dan memarahinya kerana berhubung rapat dengan wanita lain. Zhanna juga turut melepaskan geram dengan memukul kepala, muka dan dada Suleimanov dengan menggunakan batang besi.

Tak cukup dengan itu, wanita berkenaan dilaporkan telah menyuntik tiga ubat bius di sekitar bahagian kemaluan kekasihnya sebelum menghiris buah zakar Suleimanov menggunakan pisau bedah.

Ptg5
gambar hiasan

Bagaikan tidak cukup dengan hanya menghiris, Zhanna kemudian mengikat salur sperma Suleimanov namun dikatakan cuba menjahit luka itu semula. Bagaimanapun, mangsa dikatakan masih mengalami pendarahan yang banyak lalu dibawa ke hospital oleh Zhanna yang sedang panik sebelum ditahan polis sebaik sahaja doktor membuat laporan.

Difahamkan jika disabit kesalahan, Zhanna bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kesihatan Lelaki Kazakhstan, Bulat Shalekenov meramalkan jika zakar Suleimanov masih ada, dia tidak akan mempunyai anak, tetapi masih boleh melakukan hubungan seks.

Curang punya pasal, habis kena potong. 

Nota: Gambar bahagian kanan adalah sekadar ilustrasi

Baca: Lelaki Ditampar Isteri Depan Orang Ramai Lepas Kantoi Curang Sewaktu isteri Keluar Bekerja

Ptg1