in

Gempar! Pelajar Tingkatan Tiga Bersalin di Surau Sekolah Ketika Waktu Persekolahan

Baby2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah sekolah di Jempol, Negeri Sembilan dikejutkan dengan berita seorang pelajar tingkatan tiga melahirkan anak ketika waktu persekolahan. Menurut Malaysian Digest, pelajar itu selamat melahirkan bayi perempuan pagi semalam di surau sekolah tersebut.


Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, pihak pengurusan sekolah pada awalnya menghubungi Hospital Jempol untuk memaklumkan seorang pelajar pengsan kira-kira jam 10.30 pagi.

Hospital 1
sumber: mmo

Namun, setibanya pasukan perubatan beberapa minit kemudian, mereka dikejutkan dengan seorang bayi yang terbaring di atas dada pelajar berkenaan.

“Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak cemas apabila uri bayi tersebut masih berada di dalam rahimnya.”

Difahamkan, pelajar tersebut dan bayinya kemudian dibawa ke Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Lanjutan insiden itu, seorang pelajar lelaki tingkatan empat dari sekolah yang sama telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.

Digari
sumber: the star

“Kita (polis) berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan.”

Pelajar perempuan itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Baca: Wanita Tikam Bayinya Yang Baru Dilahirkan Hingga Mati Kerana Malu Punyai Anak Luar Nikah

Bunuh Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.