in

Gemar Bergaya Dengan Pakaian Berjenama, Lelaki Kantoi Suka Curi Barangan Mewah

Pencuri British

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, bukan kaum wanita sahaja yang gemar bergaya. Golongan lelaki juga semakin suka memakai pakaian yang kemas dan nampak up-to-date dengan fesyen terkini. Pun begitu, terdapat seorang individu di Britain ini yang gemar bergaya namun tidak mendapatkan barangan tersebut dengan cara yang baik.


Menurut Daily Mail, lelaki dikenali sebagai Dragos Patrunjel merupakan seorang jejaka yang gemar menggayakan pakaian daripada pelbagai jenama mewah. Lelaki tersebut juga dikatakan kerap memuat naik gambarnya berpakaian cantik dengan latar belakang menarik di laman sosial.

Lelaki 3
sumber: the sun
G5
sumber: daily mail

Baru berusia 23 tahun, Dragos rupa-rupanya diburu polis kerana tabiat suka mencuri pelbagai barangan dan kelengkapan pakaian yang berjenama mewah. Jejaka muda berketurunan Itali ini didakwa telah mencuri pakaian dan pelbagai kelengkapan bernilai hampir RM10,000 dari beberapa butik berjenama mewah seperti Hugo Boss, Calvin Klein, Tommy Hilfiger dan Armani.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dragos dikatakan telah berjaya ditahan polis sewaktu dia sedang mencuri cermin mata hitam di pasaraya Tesco. Dia juga dikatakan memiliki peranti untuk membuang tag pada barangan. Lelaki ini dilaporkan telah berjaya ditahan polis dan baru sahaja dihadapkan ke mahkamah minggu lalu.

Lelaki 1
sumber: daily mail

Dihadapkan ke mahkamah dengan tujuh pertuduhan mencuri, lelaki tersebut mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. Tidak lupa untuk mempamerkan gaya, Dragos tampil kemas mengenakan kot berwarna coklat dan seluar berwarna gelap ketika hadir di mahkamah.

Peguam yang mewakili Dragos memaklumkan kepada mahkamah bahawa jejaka tersebut bukanlah seorang pencuri, namun pengalaman dibesarkan di Itali membuatkan dia gemar bergaya dengan pakaian yang kemas sebegitu.

Ji 1
sumber: daily mail

“Dia mahu berpakaian kemas dan menarik tapi dia tiada wang. Ia satu kesilapan dan dia sudah menyesalinya,” kata peguam Dragos yang dikenali sebagai Ben Worthington.

Kesemua barang yang telah dicuri Dragos telah dipulangkan dan dia diarahkan untuk melakukan 150 jam kerja komuniti sepanjang tahun ini. Haa kan dah kono!

G4
sumber: daily mail
Lelaki 2
sumber: the sun

Seeloknya bergayalah mengikut kemampuan. Tidak perlu curi pakaian berjenama semata-mata untuk tampil kemas bergaya.

Baca: Wanita Sering Menunjuk Kekayaan Di Media Sosial, Rupa-rupanya Kantoi Pakai Duit Curi

Nit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.