in

Gara-gara Tidak Diberikan Wang Untuk Beli Dadah, Penagih Pukul Isteri Dan Anak di Pasar Tani

Pukul 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gara-gara Tidak Diberikan Wang Untuk Beli Dadah, Penagih Pukul Isteri Dan Anak di Pasar Tani
Loading
/

Seperti kita sedia maklum, seorang lelaki perlu menggalas tanggungjawab yang besar sejurus mereka melangkah ke alam perkahwinan. Antara tugas-tugasnya adalah memimpin, melindungi serta memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.


Namun, tanggungjawab yang disebut di atas tidak dijumpai pada seorang lelaki dari Kedah ini apabila dia telah dirakam memukul isteri dan anaknya bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah, lapor Harian Metro.

Dadah 2
sumber: nst

Ketika kejadian jam 9.45 pagi itu, penagih dadah berkenaan dilihat merampas beg tangan isterinya di Pasar Tani Sungai Petani hingga menyebabkan berlakunya pergelutan di antara mereka berdua.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mahadzir Elias berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menahan lelaki berkenaan sebelum menghubungi AADK.

Selepas disiasat, ternyata lelaki berkenaan sebelum ini pernah ditahan beberapa kali akibat pengaruh dadah sehingga bertindak agresif terhadap isteri dan anaknya.

“Hasil ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine.”

Dadah 4
sumber: harian metro

Lelaki berkenaan kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. Mahadzir juga sempat menambah bahawa insiden sebegitu bukanlah satu perkara yang asing apabila berlakunya pergolakan rumah tangga gara-gara dadah.

“Kebanyakan mereka yang menagih mampu bertindak secara tanpa sedar, tidak mengira tempat dan mampu mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling.”

Patutnya seorang suami berikan contoh yang baik. Tapi ini sebaliknya pula. Kasihan isteri dan anak…

Baca: Suami Pukul Kepala Isteri dan Anak Guna Penukul Kerana Mengamuk Dikejutkan Dari Tidur

Capture 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.