Gara-Gara Alah Pada Ubat, Bibir Wanita Bengkak, Bernanah dan Berdarah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ubat adalah sesuatu yang tidak boleh diambil sembarangan. Ada kalanya kita tidak tahu yang kita alah pada ubat tersebut. Sebab itu lah, pentingnya mengambil ubat daripada tempat-tempat yang boleh dipercayai. Seperti baru-baru ini, tular tentang kisah wanita ini, bibirnya bengkak, bernanah dan berdarah selepas mengambil ubat.

Menurut Nur Nabilah, pada mulanya dia hanya sakit gigi biasa dan sudah banyak giginya dicabut tetapi sakit yang dialaminya masih tidak kurang. Maka dia pergi ke Hospital Mahkota untuk mendapatkan rawatan lanjut. Keputusannya, dia menghidap penyakit Saraf Trigemenal Neuralgia iaitu sakit saraf di bahagian muka yang bersambung pada gigi dan ke otak.

“Bila sakit tu, memang tak boleh nak makan, bercakap apatah lagi. Berat turun sampai 42kg”

Sumber: Facebook

Maka hidupnya kini perlu sentiasa makan ubat yang telah diberikan oleh pihak hospital berkenaan. Kesan ubat itu, dia kerap tidur sehinggakan matanya bengkak dan mula demam. Rawatan seterusnya doktor mengurangkan dos ubat tersebut, tetapi demamnya masih tidak kebah dan matanya masih lagi membengkak.



“Doktor memang dah syak aku alah pada ubat sebab muka dah mula merah-merah. Platlet aku pun rendah dari orang normal”

Jadi pihak hospital menghantarnya ke hospital lain yang lebih arif. Di sana, dia ditempatkan di tempat pakar kulit, mata dan bedah mulut.

Sumber: Facebook

“Kaki tangan semua dah start naik merah-merah. Macam terbakar pun ada. Kadang-kadang rasa susah nak bernafas dan nak telan air sempit dan sakit sangat dada”

Nabilah turut memberitahu, dia ada berjumpa dengan pakar bedah mulut. Di sana, kulit bibirnya akan disiat dan dibersihkan kulit-kulit mati.

“Kesimpulannya, aku alahan pada ubat saraf yang aku makan tu. Nama penyakit aku ni Steven Johnson Symptom

Sumber: Facebook

Rupa-rupanya, dia alah pada ubat yang diberikan oleh pihak hospital, memandangkan Nabilah memang tidak tahu yang dia ada alah pada mana-mana ubat.

Menurut Mstar, Pakar Perunding Dermatologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UKM, Prof Madya Dr Norashikin Shamsudin berkata, terdapat beberapa ubat yang memberi kesan sampingan yang biasa seperti loya dan muntah tetapi ia tidak memudaratkan. Katanya, sakit yang dihidapi Nabilah ini serius tetapi dalam kebanyakan kes ia tidak membahayakan kesihatan.

“Dalam kebanyakan kes, anda tidak dapat mengetahui sama ada mempunyai alahan ubat sehingga terdedah kepada kesan ubat tersebut”

Bahaya ni.. Harap semua peka apabila ambil mana-mana ubat, kerana ada yang sehinggakan boleh membawa maut.



Baca: “Mata pedih, kabur dan berair..” – Mata Gadis ‘Rosak’ Selepas Pakai Contact Lens Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.