Gadis Tidak Sambut Tangan David Beckham Untuk Bersalaman Dapat Pujian Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bersua muka dan berjabat tangan dengan bintang bola sepak kegemaran ramai, David Beckham adalah peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup kita yang tinggal di Malaysia ini.

Semalam, bekas pemain Real Madrid berusia 42 tahun itu datang ke Malaysia sempena program ekslusif AIA Vitality Wellness Festival, susulan pelantikannya sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu.

Sumber: mStar

Rata-rata peminat bola sepak tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan suami kepada Victoria Beckham itu. Kehadirannya disambut meriah di acara yang diadakan di Pavilion itu dan pastinya peminat fanatik terutamanya gadis menjerit ‘histeria’ saat Beckham membuat kemunculannya.



Sumber: mStar

Beberapa individu terpilih dilihat berpeluang naik ke atas pentas untuk berjumpa dan berjabat tangan dengan bapa kepada empat anak itu. Namun, seorang gadis tempatan mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat menolak untuk berjabat tangan dengan Beckham.

Sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan Beckham menghulurkan tangan kepada mereka yang naik ke atas pentas namun ketika tiba giliran gadis berkenaan, dia sebaliknya menolak. Bagus lah!

Gadis bertudung hijau dan berbaju hitam lengan panjang itu dilihat menolak dengan cara yang baik demi menjaga batasnya sebagai wanita muslimah.

Bintang bola sepak pujaan ramai itu juga boleh dilihat bersikap profesional kerana masih tersenyum dan mengangguk tanda faham.

Netizen yang menonton rakaman itu rata-rata memuji tindakan gadis berkenaan yang masih menjaga batas serta Beckham yang bersikap profesional.



Selain itu, ramai turut berpendapat bahawa tindakannya wajar dicontohi orang lain. Betul tu!

“Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.”

“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut.”

“Tak ada benda nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram.”

Bagus tindakan gadis itu. Tidak semestinya kita perlu bertindak di luar kawalan dan mengetepikan batas sebagai seorang Islam ketika berjumpa dengan personaliti antarabangsa.



Baca: Gadis Cemerlang SPM Ditahan Gara-gara Cuba ‘Cium’ Sultan Johor

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.