in

Gadis Sanggup Cabut Bulu Ketiak Secara ‘Live’ Untuk Lariskan Jualan Produk

Bulu Ketiak Busuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan satu trend, ramai peniaga zaman sekarang berani membuat perkara luar biasa demi melariskan produk jualan mereka. Tak kisahlah sama ada perkara yang mereka lakukan itu bagai menjatuhkan maruah diri, tak termasuk pula yang membuat iklan berunsur lucah. Yang paling penting, jualan produk harus terlajak laris! 


Baru-baru ini, sebuah video tular di Facebook menunjukkan seorang wanita yang membuat demonstrasi mencabut bulu ketiak secara ‘live’ sehingga menimbulkan kecaman dari netizen.

Ketiak 4
sumber: facebook
Ketaik 5
sumber: facebook

Meskipun ‘bulu’ yang ditunjukkan dalam video tersebut masih nipis, namun ia tidak disenangi segelintir masyarakat yang menganggap bahagian ketiak adalah bahagian ‘sulit’ malah ditambah dengan isu seorang wanita muslim menunjukkan auratnya tanpa segan silu.

“Tak rasa malu tapi rasa megah diri sehinggakan cabut bulu ketiak pun ditunjukkan secara ‘live’. Tak malu betul orang sekarang ni,” kata seorang netizen.

“Banyak ‘live’ sekarang. Sampai nak cabut bulu ketiak pun kena buat tutorial secara ‘live’. Kemaluan apakah ini?” tambah seorang lagi netizen.

Ketiak 2
sumber: mstar
Ketiak 1
sumber: mstar

Walau bagaimanapun, peniaga sambilan terbabit, Siti Syazana Ahmad, 24, mengatakan bahawa “bukan suka-suka” dia melakukan perkara demikian tetapi ia hanyalah sebagai panduan kepada pelanggan untuk menunjukkan “cara yang betul” supaya produk yang dijualnya berkesan, lapor mStar.

“Mula-mula saya buat tutorial cabut bulu di bahagian tangan dan kaki, hanya baru-baru ni dibuat pada ketiak sebab ada permintaan. Saya bukan suka-suka cabut bulu ketiak secara ‘live’ tapi bersebab.

“Ada pengguna pernah mengadu produk yang digunakan kurang berkesan. Jadi saya buat ‘FB live’ untuk tunjuk cara yang betul menggunakan produk tersebut.

“Kalau cabut bulu di bahagian kaki, tangan, alat sulit, ketiak termasuk di bahagian muka, masing-masing ada cara dan tempoh penggunaannya berlainan,” katanya yang telah melakukan tutorial tersebut pada akhir Ogos lalu.

Ketiak 3
sumber: mstar

Syazana yang bekerja sebagai seorang akauntan berkata, melalui sesi live demonstrasi tersebut pengguna dan bakal pembeli boleh mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan produk, malah dia sendiri boleh memberi jawapan semasa bersiaran langsung.

Malah katanya lagi, tutorial itu dijalankan semata-mata untuk mendidik pengguna dan bukannya untuk melariskan produk meskipun jualannya diakui meningkat daripada kurang lima kepada 150 kotak sebulan.

“Bukan semua permintaan pengikut di Facebook saya layan. Ada juga permintaan untuk buat tutorial di bahagian alat sulit tapi saya tak buat. Saya hanya beritahu cara dan tempoh penggunaannya sama di bahagian lain,” ujar Syazana lagi.

Sedar dirinya dikecam akibat daripada video live tersebut, Syazana berkata, dia akan menerima segala teguran diberikan orang ramai secara positif dan akan mengambil kira sensitiviti masyarakat di negara ini.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Saya mempertimbangkan sama ada untuk menghentikan tutorial cabut bulu di bahagian ketiak atau menggunakan model lelaki untuk melakukannya,” katanya yang juga menambah model lelaki akan digunakan untuk demonstrasi mencabut bulu dada.

Apa-apapun semoga perniagaan gadis ini sukses. Mungkin kena lebih berhati-hati dengan cara mempromosi produk. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk elak kecaman dari netizen. 

Baca: Iklan Vape Lucah Terima Kritikan Netizen, Syarikat Tampil Buat Permohonan Maaf

Vape Vape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.